Selasa, 15 Disember 2009

KOMPUTER LAMBANG MASYARAKAT CELIK IT


Satu orang satu komputer. Kata-kata ini membuktikan bahawa masyarakat masa kini semakin celik komputer serta berminat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Memiliki komputer riba kini tidak lagi dianggap barangan mewah tetapi satu keperluan kepada setiap orang sama seperti telefon bimbit yang kini setiap orang memilikinya, termasuk kanak-kanak. Ia antara barangan kemestian yang perlu dibawa ke mana-mana.


Bagi yang masih belum ada komputer sendiri atau sedang tercari-cari jenis komputer bagaimana yang hendak dibeli, ikuti serba sedikit panduan mencari komputer yang sesuai membantu anda menyelesaikan masalah.


Pertama, sebelum membeli komputer anda perlu menyiasat ciri-ciri yang diperlukan iaitu RAM (random access memory), kelajuan pemproses, keupayaan grafik, ruang cakera keras dan sebagainya.


Pilih kedai yang khusus, kedai barangan elektronik, rangkaian jualan, pembina komputer tempatan, tempahan melalui pos atau pengusaha internet, berdasarkan perkakasan dan khidmat yang anda perlukan.


Beli hanya apabila anda benar-benar perlu. Tidak kira berapa lama anda menunggu untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik, dengan ciri-ciri yang sama, harganya akan susut dalam jangkamasa enam bulan.


Buat keputusan ciri-ciri yang anda perlukan berdasarkan apa yang akan anda buat dengan komputer itu nanti. Contohnya, anda merancang menggunakannya untuk mereka bentuk grafik, bunyi dan video, anda memerlukan lebih banyak RAM.


Jika anda memerlukannya untuk membuat banyak kerja-kerja yang "computational" (contohnya; mencari melalui pangkalan data yang besar atau menonton video) anda akan memerlukan pemproses yang berkuasa hebat.


Buat keputusan jenis komputer yang anda perlukan, sama ada anda memerlukan komputer riba (laptop) yang boleh dibawa ke mana-mana atau komputer meja. Pilih jenama komputer berdasarkan kualiti, harga dan khidmat bantuan teknikal yang ditawarkan.


Berdasarkan keperluan yang anda gemari, anggarkan konfigurasi utama yang anda perlukan, termasuklah pemproses (AMD atau Intel Celeron atau Intel Pentium lll/lV), kelajuan (900Mhz atau 1.0 GHz atau lebih), jumlah RAM (64MB atau 128MB atau lebih) dan saiz pemacu keras (10GB atau lebih) dan monitor (15" atau 17" - CRT atau panel rata).


Tentukan pemacu tambahan yang anda perlukan:pemacu CD-ROm, DVD-ROM, perakam CD-RW, Zip dan sebagainya. Pilih persisian dan perkakasan tambahan seperti modem, kad bunyi (sound card), kad video (video card) dan pembesar suara.


Pastikan berapa banyak slot kad dalaman (internal card slots) tambahan dan ruang pemacu cakera yang anda perlukan bagi memberi lebih ruang untuk perluasan ataupeningkatan keupayaan komputer anda pada masa akan datang.


Tetapkan apakah perisian pra-pasang (pre-installed) yang anda mahu atau perlukan. Sekurang-kurangnya dapatkan sistem pengoperasian, seperti Windows, program anti-virus dan program pemprosesan kata (word processing), spreadsheets dan pangkalan data.


Pilih jangkamsasa jaminan atau khidmat yang diliputi berdasarkan keperluan anda. Tidak kurang pentingnya anda juga mestilah sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini teknologi dengan membaca ulasan tentang produk terbaru yang berada dipasaran dari majalah atau internet.


Fahamilah bahawa RAM adalah tempat sementara di mana komputer anda menyimpan data untuk diproses. Walaupun lebih banyak RAM lebih baik anda tidak perlu RAM yang banyak jika anda mengehadkan penggunaan komputer hanya untuk membuat tugasan yang mudah seperti pemprosesan kata dan memeriksa baki.


Permainan komputer memerlukan banyak RAM; grafik dan bunyi memerlukan lebih lagi. Pemproses masa kini biasanya cukup laju untuk semua melainkan aplikasi yang memerlukan lebih kuasa seperti streaming video.

Tiada ulasan: