Ahad, 13 Disember 2009

Gigi Cantik Serlah Senyuman Menawan


Penjagaan gigi dan gusi perlu bermula sebaik saja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa.

Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik.

Oleh itu adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Mulut-Baru Lahir Hingga 24 Bulan


  1. bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.

  2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.

  3. berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.

  4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.

  5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.

  6. Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.

Umur 2-6 Tahun



  1. Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.

  2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahgaian gigi yang rapat.

  3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 Tahun



  1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dengan pengawsan ibubapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.

  2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

Kanak-kanak Dari Semua Peringkat Umur



  1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.

  2. Berus gigi dua kali sehari iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

Tiada ulasan: