Rabu, 17 Disember 2008

Fakta Perempuan?

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepidan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialahmasak ikut resepi!

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orangteringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akanberkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalantapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuanbila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit katshopping complex tiap-tiap minggu!Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia taktahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk!

Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah,tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merahsirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalahberpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus puncapendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketikaberjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan takberhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up danmereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampaksangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangatbuang duit beli alat make up!

Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiapkali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!

Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kaliganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudahrabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shoppingcomplexs, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagimenunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!

Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat.Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupunyang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kesmengumpat!

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarangbenar keluar belanja kawan makan!

Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama.Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yangboleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia,ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi.Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jikasemua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakaikasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalaudikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, takkira lelaki ataupun perempuan!

Selasa, 9 Disember 2008

Salam Aidiladha untuk semua.

Hari Raya Aidiladha berkunjung tiba. Maka ramailah umat Islam di dunia ini melakukan Ibadat Qurban sebagaiman yang dituntut dalam Islam. Ibadat Qurban adalah memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Selain itu juga hikmah berqurban adalah menanamkan perasaan kasih sayang antara golongan kaya dan golongan miskin. Tidak hairanlah bila tibanya Hari Raya Aidilladha maka rezeki melimpah ruah kerana pemberian daging qurban ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur hidup di bumi yang bertuah ini kerana hidup dalam suasana yang aman dan mudah mendapat rezeki yang halal. Sejenak kita ke negara-negara luar di mana negaranya berkucar-kacir dengan pembunuhan dimana-mana sahaja. Sedih bila mengenangkan keadaan negara Palestin yang tiada kesudahannya. Meratapi orang-orang tersayang dibunuh dengan kejam oleh pihak Israel amat menyayat hati. Kita seharusnya bersyukur dengan keadaan negara Malaysia ini. Jangan cuba-cuba mengeruhkan keadaan yang sedia aman ini dengan isu-isu yang boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.

Berbalik kepada Ibadat Qurban, baru-baru ini saya mendapat daging Qurban. Alhamdullilah...rezeki bulan Zulhijjah. Balik kampung tempat suami dapatlah makan sup tulang.Sedapnya tak terkata.Ya la bukan selalu nak makan sup tulang ni kalau tak Hari Raya Haji.Walaupun Hari Raya Haji di sini tak semeriah di Pantai Timur namun yang penting keberkatan meraikan Ibadat Qurban tersebut. Insyallah satu hari nanti kalau ada rezeki lebih nak juga saya buat Ibadat Qurban ni.

Kepada teman-teman seperjuangan di luar sana, pengorbanan dalam hidup yang memberi manfaat untuk orang lain adalah sifat yang terpuji. Pengorbanan anda dalam kerjaya demi memajukan lagi keharmonian berkeluarga amat disanjung tinggi. "Berkoban apa saja harta ataupun nyawa...." begitulah lirik-lirik syahdu yang menjadi siulan siapa sahaja. Dalam tugas-tugas harian kadangkala kita terpaksa berkorban untuk bersama keluarga demi kepentingan tugas luar yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Begitulah tugas kita yang tidak menentu tugasnya demi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar. Kadangkala terpaksa meninggalkan anak-anak dan suami/isteri demi amanah yang telah diberi. Pengorbanan si suami ataupun si isteri perlulah dihargai oleh pasangan masing-masing. Oleh itu, kepada semua berkorbanlah apa sahaja nyawa ataupun harta.

Khamis, 27 November 2008

Banyak Dosa Hati Keras

SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti. Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun. Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing. Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang. Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.
Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:
(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.
(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.
(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.
(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.
(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.
(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.
(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.
(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.

Petua Mengasihi Suami


"Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna, selitkan jelingan-jelingan manja.Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda *****a menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan.
Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian