Selasa, 6 Oktober 2009

Meningkatkan Tenaga


KELETIHAN merupakan salah satu masalah paling besar dalam menjalani kehidupan moden.

Malangnya ramai di antara kita menangani masalah ini dengan kaedah yang salah.
Semua orang mahukan 'peluru ajaib' - snek tenaga, suplemen tambahan atau tonik yang boleh merangsang tenaga sepertisuperhero.

Jadi, adakah penyelesaian yang mudah dan pantas kepada krisis tenaga ini?
Ada beberapa strategi mudah yang boleh dilakukan yang mampu memberikan perbezaan besar terhadap kesihatan dan daya tenaga serta kecergasan.

Keletihan dan kehilangan tenaga berpunca daripada pelbagai faktor rumit. Tidak ada satu nutrien atau taktik yang boleh mengisi semula tenaga yang hilang itu.
Jika anda terlalu kerap letih dan lesu, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.
Ia mungkin disebabkan oleh masalah tiroid yang boleh menjejaskan kesihatan badan untuk jangka masa panjang.

Tenaga merupakan keluaran sampingan semula jadi hasil keputusan ke arah menjalani gaya hidup tertentu.
Apabila anda makan, darah disalurkan ke perut dan tenaga digunakan untuk pencernaan. Hanya dengan menggunakan satu per empat kalori mampu menambah tenaga dan memanjangkan jangka hayat menurut pelbagai kajian pakar.

Namun tidak semudah mengurangkan pengambilan kalori, merupakan amalan detoks. Bukan pakej atau kit detoks tapi hanya makan makanan 'bersih' selama seminggu.
Cuba program Dr.Elson Haas iaitu 'SNACC' - jangan ambil gula, nikotin, alkohol, kafein dan bahan kimia serta hadkan pengambilan kepada makanan mentah seperti kekacang, beri, buah-buahan, sayuran, oat, ikan gril atau kukus dan daging segar.

Anda akan merasai perbezaannya dan kadar tenaga juga meningkat berkali ganda!
Suplemen juga boleh membantu. Ia tidak semestinya mebekalkan tenaga tetapi boleh membaiki kekurangan metabolik yang mengeringkannya.

Seperti contoh 'Coenzyme Q10' merupakan antioksidan kuat yang boleh menjana kekuatan jantung. Suplemen juga boleh melancarkan saluran metabolik tertentu yang bergantung kepada nutrien - ia menjadi lembab, mengeringkan tenaga apabila kurang bekalan nutrien.
Umum mengetahui, tekanan banyak menggunakan tenaga. Apabila anda mengalami stres, tubuh mengepam keluar hormon seperti kortisol dan adrenalin. Juga dipanggil hormon 'lawan atau terbang', ia penting bagi tujuan persedian tubuh diwaktu kecemasan.
Bagaimanapun, ia tidak boleh dikeluarkan setiap masa. Kadar kortisol yang tinggi mengecutkan 'hippocampus' iaitu bahagian penting otak diperlukan untuk memori dan berfikir.

Bertafakur merupakan penghapus tekanan terbaik, tetapi senaman pernafasan juga boleh membantu sama seperti mandian hangat, bersiar di taman atau meluangkan masa setiap hari untuk berehat.

Satu lagi penghapus stres yang memberikan tenaga adalah senaman. Walaupun ramai yang berfikiran mereka tidak mampu untuk bersenam, paradoksnya adalah bersenam mambuatkan anda lebih bertenaga, bukan kurang.
Rutin ringkas selama 15 minit tanpa peralatan, seperti berlari, bertinggung atau tekan tubi menghantar oksigen dan nutrien ke otak dan memperbaiki pengedaran darah.
Endorfin gembira juga mengalir laju keseluruh badan dan akhirnyaanda akan berasa sihat, cergas serta bertenaga!.

Tiada ulasan: