Rabu, 18 November 2009

Perlukah Melambatkan Waktu Datang Haid Sewaktu Naik Haji?

SETIAP umat Islam perlu melaksanakan Rukun Islam yang ke lima bila ada kemampuan. Keinginan ini tentulah dimaklumi oleh setiap umat Islam dan tidak terkecuali bagi kaum wanita.

Dibandingkan dengan kaum laki-laki, kaum wanita mempunyai beberapa rintangan dalam melaksanakan ibadat sehari-hari, mahupun ibadat Haji. Yang dimaksudkan ialah waktu datang haid, di mana kaum wanita dilarang memasuki masjid mahupun menjalankan ibadat sembahyang lima waktu.

Bagi Wukuf di Arafah, wanita yang dalam haid boleh mengikutinya dan sah dilakukan, walaupun tidak mengikuti sembahyang zohor menjelang Wukuf dan sembahyang lima waktu yang lainnya. Dalam waktu tersebut walaupun tidak bersembahyang, kita masih dapat berdoa ke hadrat llahi dengan doa-doa yang khusyuk.

Setelah Wukuf, malam harinya jemaah Haji berangkat ke Muzdalifah untuk mengambil batu-batu kecil untuk dibawa ke Mina. Di Mina dilakukan ibadat pelemparan 'jumrah' dan ibadat ini pun dapat dilaksanakan oleh wanita walaupun dalam keadaan haid.Jadi selama berada di Mina, tidak ada rintangan bagi wanita menjalankan wajib Haji walaupun dalam keadaan haid, hanya sembahyang lima waktu tidak dapat dilaksanakan.

Wanita yang sedang dalam haid dilarang memasuki Masjidil Haram dan tentunya tidak dapat melaksanakan ibadat Tawaf. Tawaf dapat dilakukan kernudiannya setelah habis haid dan mensucikan diri tentunya.

Dari pengalaman, ada wanita yang pergi menunaikan ibadat Haji berusaha melambatkan waktu datang haid mereka kerana bimbang tidak dapat melakukan ibadat Haji dengan sepenuhnya. Mereka biasanya menemui doktor untuk tujuan tersebut.

Dengan nasihat dari doktor memang ada caranya untuk tujuan tersebut, di mana pil-pil yang terdiri dari 'hormon' (seperti halnya dengan pil-pil untuk perancang keluarga)
digunakan.

Perlukah melambatkan waktu datang haid?Untuk menjawab soalan tersebut, mesti kita tinjau dari segi perubatan mahupun dari segi agama. Melambatkan waktu haid ternyata mempunyai akibat sampingan (side effect) yang tidak diingini oleh kaum wanita.

Di antaranya ialah masa datang haid akan lebih lama dari kebiasaan dan menjadi tidak teratur. Kebiasaan masa haid ialah antara 4-6 hari sahaja dan langsung boleh mensucikan diri.Tapi dengan melambatkan waktu datang haid seperti yang disebutkan, waktu haid menjadi tidak teratur, malah dapat sampai 10-15 hari dan keluarnya pun sedikit-sedikit sehingga dapat mencemaskan kaun ibu dan lebih-lebih merugikan di mana kesempatan untuk beramal lebih lama di Masjidil Haram tidak terlaksanakan.

Pengetahuan manusia amat terhad dan tentunya segala aturan/ kudrat Tuhan amat sempurna. Haid adalah suatu yang biasa (normal) bagi semua wanita. Dengan perkataan lain haid adalah kudrat Tuhan semula jadi (normal physiology).

Malah dianggap tidak normal jika tidak kedatangan haid pada waktunya kecuali pada keadaan tertentu seperti halnya sedang hamil.Tidak wajar kiranya kudrat Tuhan yang sempurna diubahsuai mengikut selera manusia tanpa mempunyai niat yang suci.Maka dengan tujuan melaksanakan hukum Tuhan, sebaik-baik jalan keluar adalah bertawakal dengan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan niat berserta doa yang ikhlas tanpa ragu-ragu.

Dengan sifat Tuhan yang Maha Pemurah tidak ada yang mustahil dengan kehendak-Nya. Jadi berdoalah dengan hati yang suci demi melaksanakan hukum Allah.Akhir kata selamat menjalankan ibadat Haji sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah

Tiada ulasan: