Selasa, 25 Ogos 2009

Penjagaan Diabetis Musim Ramadhan

KEKELIRUAN dan salah faham mengenai penjagaan penyakit menyebabkan ramai pesakit kencing manis mengalami masalah kesihatan sepanjang bulan puasa dan keadaan ini biasanya bertambah buruk menjelang hari raya.Tidak dapat menahan nafsu makan ketika berbuka, kurang pengetahuan mengenai jenis dan kuantiti makanan yang berpadanan dengan keperluan seseorang serta tidak mematuhi jadual pengambilan ubat antara faktor yang meningkatkan kes kencing manis tidak terkawal.Jadi dua tiga hari yang masih berbaki sebelum menjelang

Ramadan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya pesakit kencing manis untuk membuat ‘latihan’ penyesuaian diri dengan perubahan jadual pemakanan harian supaya penyakit tidak mengganggu ibadat dalam bulan mulia ini.Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kedua pada 1996 mendapati, 8.3 peratus atau 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes dan 1.3 juta daripadanya beragama Islam. Itu kajian yang dijalankan sembilan tahun lalu.Pasti jumlahnya kini jauh lebih besar dan kita tidak mahu ada yang terpaksa menghadapi komplikasi kesihatan sepanjang Ramadan.Pensyarah dan Pakar Perubatan Unit Diabetes dan Endokrinologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Norasyikin Wahab, berkata secara umumnya semua pesakit kencing manis boleh menjalani ibadat berpuasa dengan baik, dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat dan mengawal pemakanan.

Bagaimanapun pada bulan puasa ini, pesakit kencing manis perlu lebih memberi perhatian kepada kesihatan kerana dalam keadaan perut kosong selama 14 jam, mereka mungkin menghadapi masalah kekurangan air jika cuaca terlalu panas dan terik serta hipoglisemia (kurang gula dalam darah) jika kurang makan ketika bersahur.Pesakit diabetes juga boleh mengalami komplikasi atau kesan diabetes tidak terkawal jika tidak mengambil ubat seperti dijadualkan doktor atau makan berlebihan ketika berbuka sehingga berat badan bertambah melebihi tiga kilogram sepanjang bulan puasa.Katanya, pesakit diabetes yang stabil tidak memerlukan insulin dan mempunyai berat badan berlebihan digalakkan berpuasa.

Beberapa panduan perlu dipatuhi pesakit untuk memastikan mereka mampu bertahan sehingga berbuka tanpa menghadapi masalah, iaitu:Mesti makan sahur secukupnya. Makan terlalu sedikit boleh menyebabkan masalah kekurangan glukosa dalam darah.Pesakit tidak dibenar melambatkan berbuka puasa.Mematuhi jadual pengambilan ubat seperti disyorkan doktor.Tidak makan berlebihan ketika berbuka, mengurangkan pengambilan makanan manis seperti bubur dan kuih-muih.Berusaha mengawal penyakit secara berterusan.Mesti mengenali tanda hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah), hiperglisemia (berlebihan gula dalam darah) atau kekurangan air.Melakukan perubahan dalam dos ubat atau insulin kerana pesakit tidak mengambil sarapan dan makan tengah hari.“Jika mengalami tanda hipoglisemia, hiperglisemia atau kekurangan air, pesakit dinasihatkan segera berbuka puasa.“Ketika ini, kesihatan perlu diutamakan kerana ia boleh menimbulkan komplikasi berbahaya. Islam memberi kelonggaran kepada pesakit dalam keadaan begini,” katanya dalam ceramah penjagaan diabetes pada bulan

Ramadan anjuran bersama HUKM dan Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.Antara tanda hipoglisemia:Rasa gelisah dan tidak tentu arahLemahTeramat laparBerpeluhPucatBerdebar-debarMenggeletarDenyutan nadi terlalu lajuTidak sedarkan diri (pada peringkat serius)Antara tanda hiperglisemia:Kerap membuang air kecilTerasa sangat hausKeletihan dan kelesuanTanda kekurangan air:Tersangat dahagaKulit dan lidah menjadi sangat keringFikiran mudah tergangguAntara kumpulan pesakit diabetes yang dilarang berpuasa:Pesakit diabetes tidak terkawal (berdasarkan pandangan doktor).Pesakit yang tidak mengikut nasihat penjagaan diabetes — termasuk amalan pemakanan, pengambilan ubat dan insulin.Pesakit yang mengalami komplikasi diabetes serius seperti penyakit jantung tidak stabil dan tekanan darah tinggi tidak terkawal.Pesakit kencing manis yang kerap mengalami koma hipoglisemia (iaitu mempunyai sejarah koma sebanyak dua atau tiga kali dalam Ramadan sebelum ini).

Pesakit yang mengalami sebarang jangkitan kuman.Pesakit diabetes yang berumur dan tinggal bersendirian.Pesakit diabetes yang mengandung dan memerlukan insulin.Pesakit diabetes kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.Dr Norasyikin berkata, pengetahuan mengenai tanda komplikasi kesihatan ini sangat penting untuk mengelakkan masalah kepada pesakit ketika berpuasa. Jika ada tanda di atas, pesakit sebaik-baiknya berbuka puasa, minum banyak air dan menjalani ujian darah.Makan berlebihan ketika berbuka dan malam selepas sembahyang tarawih (terutama karbohidrat dan makanan berlemak) bukan saja akan meningkatkan berat badan, tetapi turut menyukarkan kawalan diabetes.Malah, pesakit juga dinasihatkan berbincang dengan doktor supaya perubahan dos ubat dan insulin boleh dilakukan mengikut keadaan kesihatan mereka selama 14 jam berpuasa kerana sesetengah ubat dan insulin yang bertindak lama perlu ditukar kepada insulin yang memberikan tindakan segera untuk mengelakkan masalah hipoglisemia.Ada juga pesakit diabetes perlu menukar ubat dan insulin mereka kepada jenis yang memberikan tindakan jangka masa panjang bagi mengelak masalah paras gula berlebihan pada waktu petang sebelum berbuka puasa.Pengambilan ubatDr Norasyikin berkata, ubat seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide dan chlorpropamide yang biasanya diambil sebelah pagi pada hari tidak berpuasa perlu dimakan ketika berbuka puasa.

Manakala ubat yang dimakan sebelah malam pada hari tidak berpuasa pula diambil ketika bersahur.Pesakit mungkin perlu mengurangkan dos ubat yang diambil sebelum bersahur untuk mengurangkan hipoglisemia, tetapi pengurangan ini perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor.Untuk memudahkan pembaca mengenai pengambilan suntikan insulin, sila rujuk dalam Jadual 1.“Berat badan pesakit perlu dipantau sepanjang bulan puasa. Jika berlaku penurunan tiga peratus pada bila-bila masa sepanjang hari, pesakit dinasihatkan segera berbuka puasa kerana ia menandakan kemungkinan kekurangan air yang membahayakan. Orang yang mengalami pertambahan berat badan (dan ini biasanya berlaku) melebihi dua kilogram juga disaran segera berjumpa doktor,” katanya.Sementara itu Pakar Pemakanan, Norlida Alias, berkata sebenarnya tiada menu khas untuk pesakit diabetes dan mereka boleh memilih sajian yang sesuai dengan selera pada waktu berbuka; selagi ia menu sihat.“Ramadan atau tidak, badan kita tetap memerlukan jumlah kalori sama. Yang penting ialah makan pada waktu yang tetap dengan makanan seimbang. Secara praktikal, mulakan berbuka dengan minum air, makan dua atau tiga biji kurma dan sekeping kuih bagi yang ingin menunaikan solat Maghrib sejurus selepas berbuka.“Jika ingin makan terus, satu atau dua biji kurma memadai sebelum diteruskan dengan sajian berat.

Kuantiti makanan juga perlu diambil perhatian. Satu hari kita hanya boleh makan lapan hidangan. Satu hidangan bermakna sekeping ikan (sebesar tapak tangan, setebal satu inci), setengah cawan nasi, setengah cawan sayur, sepotong buah dan seketul kuih. Kalau mahu makan sate, pastikan hanya lima cucuk. Anggur pula antara lima hingga lapan biji.“Paling penting, kurangkan garam dan elakkan makanan diproses serta air berkarbonat kerana ia mengandungi terlalu banyak gula. Kunci utamanya ialah bersederhana dan jangan lupa ambil ubat. Jika terlupa makan ubat ketika berbuka, jangan bawa dos ini ke waktu sahur. Maknanya ketika sahur, makan ubat yang dikhaskan untuk sahur saja untuk mengelak komplikasi,” katanya.Pengambilan insulinJADUAL 1Dua cara mengambil insulin ketika berpuasa:1. Tiga kali suntikan, iaitu dua dos yang bertindak segera ketika berbuka dan sahur; dan satu dos insulin bertindak lama sebelum tidur (sekitar jam 10 malam).2. Dua kali suntikan, iaitu satu dos insulin yang sudah dicampur ketika berbuka (dos yang sama ketika sarapan waktu tidak berpuasa); dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur.Tahap gula dalam darah perlu diuji empat kali, iaitu:Sebelum bersahur.Antara dua hingga empat jam selepas bersahur.Sebelum berbuka puasa.Antara dua hingga empat jam selepas berbuka puasa.

Peringatan:Bagi pesakit yang memerlukan insulin, perlu berbuka puasa jika tahap gula dalam darah terlalu tinggi untuk mengelakkan koma diabetik ketoasidosis.Berat badan diambil sebelum berpuasa dan perlu berjumpa doktor jika berlaku pertambahan melebihi dua kilogram sepanjang bulan puasa.Ambil berat badan sebelah pagi dan jika berat menurun tiga peratus dalam sehari, perlu segera berbuka. Ia menandakan kekurangan air yang berbahaya.Minum air secukupnya sebelum tidur dan ketika bersahur. Jika terjaga malam untuk buang air kecil, gantikan air yang dibuang dengan minum segelas air. Jika kencing lima kali, bermakna kena minum lima gelas air masak.Elak minuman manis.Catat secara terperinci pemakanan sepanjang Ramadan. Ia dapat membantu mengawal diabetes.

Tiada ulasan: