Selasa, 9 Disember 2008

Salam Aidiladha untuk semua.

Hari Raya Aidiladha berkunjung tiba. Maka ramailah umat Islam di dunia ini melakukan Ibadat Qurban sebagaiman yang dituntut dalam Islam. Ibadat Qurban adalah memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Selain itu juga hikmah berqurban adalah menanamkan perasaan kasih sayang antara golongan kaya dan golongan miskin. Tidak hairanlah bila tibanya Hari Raya Aidilladha maka rezeki melimpah ruah kerana pemberian daging qurban ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur hidup di bumi yang bertuah ini kerana hidup dalam suasana yang aman dan mudah mendapat rezeki yang halal. Sejenak kita ke negara-negara luar di mana negaranya berkucar-kacir dengan pembunuhan dimana-mana sahaja. Sedih bila mengenangkan keadaan negara Palestin yang tiada kesudahannya. Meratapi orang-orang tersayang dibunuh dengan kejam oleh pihak Israel amat menyayat hati. Kita seharusnya bersyukur dengan keadaan negara Malaysia ini. Jangan cuba-cuba mengeruhkan keadaan yang sedia aman ini dengan isu-isu yang boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.

Berbalik kepada Ibadat Qurban, baru-baru ini saya mendapat daging Qurban. Alhamdullilah...rezeki bulan Zulhijjah. Balik kampung tempat suami dapatlah makan sup tulang.Sedapnya tak terkata.Ya la bukan selalu nak makan sup tulang ni kalau tak Hari Raya Haji.Walaupun Hari Raya Haji di sini tak semeriah di Pantai Timur namun yang penting keberkatan meraikan Ibadat Qurban tersebut. Insyallah satu hari nanti kalau ada rezeki lebih nak juga saya buat Ibadat Qurban ni.

Kepada teman-teman seperjuangan di luar sana, pengorbanan dalam hidup yang memberi manfaat untuk orang lain adalah sifat yang terpuji. Pengorbanan anda dalam kerjaya demi memajukan lagi keharmonian berkeluarga amat disanjung tinggi. "Berkoban apa saja harta ataupun nyawa...." begitulah lirik-lirik syahdu yang menjadi siulan siapa sahaja. Dalam tugas-tugas harian kadangkala kita terpaksa berkorban untuk bersama keluarga demi kepentingan tugas luar yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Begitulah tugas kita yang tidak menentu tugasnya demi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar. Kadangkala terpaksa meninggalkan anak-anak dan suami/isteri demi amanah yang telah diberi. Pengorbanan si suami ataupun si isteri perlulah dihargai oleh pasangan masing-masing. Oleh itu, kepada semua berkorbanlah apa sahaja nyawa ataupun harta.

Tiada ulasan: