Selasa, 20 April 2010

Orang Mencintaimu


1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'


16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


*** Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, janganlah mensia-siakan orang tersebut, Nanti kamu akan menyesal dikemudian hari...

BAHAYA

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untukpenghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.Wallahua'lam. ..

Rabu, 14 April 2010

Kenali karakter melalui tarikh lahir

PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.

Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.

Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.

Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Isnin, 5 April 2010

KHASIAT BUAH DELIMA


Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.


Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.


Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.


Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.


Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.


Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Selasa, 23 Mac 2010

13 Cara Jadi Pasangan Romantik


Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.

1. Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.

2. Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

3. Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.

4. Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

5. Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.

6. Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7. Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.

8. Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.

9. Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.

10. Sentiasa cari masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.

11. “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12. Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13. Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya

Selasa, 2 Mac 2010

Berkongsi tuala boleh jangkit ketuat

BOLEH dikatakan setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat di bahagian tubuh. Biasanya ketuat tersebut tidak mengganggu dan ada juga yang boleh hilang sendiri tanpa perlu dibuang menerusi pembedahan.
Ketuat juga boleh berlaku pada kanak-kanak, untuk pengetahuan anda, ketuat berpunca dari sejenis jangkitan kuman pada kulit yang tergolong dalam kumpulan human papillomavirus (HPV).
Kuman ini boleh dijangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, namun ia lebih serasi untuk timbul di bahagian yang lembap, sedikit panas atau boleh jadi juga di bahagian yang terguris atau luka seperti di kaki, tangan dan jari-jemari.
Ketuat ini biasanya tidak menimbulkan kesakitan melainkan jika ia tumbuh di bahagian tapak kaki atau bahagian tubuh yang selalu bergesel atau disentuh dengan kerap.
Bagaimana kanak-kanak boleh mendapat HPV? Cara mudah ialah dengan menyentuh barangan yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kuman HPV, sebagai contoh perkongsian penggunaan tuala atau apa saja.
Kanak-kanak yang mempunyai tabiat menggigit kuku lebih terdedah untuk jangkitan berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai tabiat tersebut.

Jenis-jenis ketuat

Ketuat biasa sering ditemui di jari, tangan, lutut dan siku. Ketuat biasanya ini bersaiz kecil, keras pada sifatnya dan berwarna perang pudar. Permukaan ketuat biasa menyerupai kubis bunga dan ada bintik-bintik hitam kecil di dalamnya.
Ketuat rata bersaiz sekecil kepala pin. Jika berlaku pada kanak-kanak rasanya lebih lembut, warnanya pula boleh jadi merah jambu, perang lembut atau kuning. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ketuat rata ini di bahagian wajah namun tidak mustahil ia juga boleh timbul di bahagian lengan, lutut dan tangan.
Ketuat plantar pula biasanya ditemui di tapak kaki dan jenis ini memang mendatangkan ketidakselesaan pada yang menanggungnya. Boleh diibaratkan umpama berjalan di atas batu-batu kecil. Adakalanya ketuat boleh tumbuh di kawasan genital namun ia lebih banyak berlaku di bahagian jari, kaki dan tangan.

Adakah ketuat berbahaya?

Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.
Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.

Mengelakkan ketuat

Walaupun tiada cara khusus untuk mengelakkan ketuat, namun amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan. Jika anak anda mengalami luka, gunakan sabun dan air untuk mencuci bahagian luka tersebut.

Menguruskan ketuat

Ketuat biasanya tidak mengancam kesihatan, jadi ia tidak semestinya dibuang. Para doktor akan menyarankan ia dibuang jika mendatangkan sakit atau mudarat kepada pesakit.
Cara untuk membuangkan ada pelbagai termasuk; penggunaan krim khas, cyrosurgeri, rawatan laser.
Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia akan tumbuh kembali.

Isnin, 22 Februari 2010

SUAMI MITHALI IDAMAN ISTERI.


Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ˜mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ˜role model’ Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu
rumah.