Khamis, 19 November 2009

9 JENIS WANITA JADI PERHATIAN


1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dankelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak seriuskepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekoksamada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom


  • Cepat penat

  • Mengah

  • Sakit dada

  • Denyutan nadi laju

  • Lemah di bahagian kaki

  • Kurang selera makan

  • Batuk

  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan


1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung


2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki


3. Elakkan meminum airbatu


4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk


5. Sentiasa meminum air panas


6. Amalkan bersenam


Rawatan


Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.


Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Rabu, 18 November 2009

Adab Berhadapan Dengan Suami


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka bersikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama.Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api,janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukan lah kehendaksuami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnyatapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan didalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


13. Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADA BULAN ZULHIJJAH

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :
Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”

dan di dalam riwayat lain :

“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :

“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Perlukah Melambatkan Waktu Datang Haid Sewaktu Naik Haji?

SETIAP umat Islam perlu melaksanakan Rukun Islam yang ke lima bila ada kemampuan. Keinginan ini tentulah dimaklumi oleh setiap umat Islam dan tidak terkecuali bagi kaum wanita.

Dibandingkan dengan kaum laki-laki, kaum wanita mempunyai beberapa rintangan dalam melaksanakan ibadat sehari-hari, mahupun ibadat Haji. Yang dimaksudkan ialah waktu datang haid, di mana kaum wanita dilarang memasuki masjid mahupun menjalankan ibadat sembahyang lima waktu.

Bagi Wukuf di Arafah, wanita yang dalam haid boleh mengikutinya dan sah dilakukan, walaupun tidak mengikuti sembahyang zohor menjelang Wukuf dan sembahyang lima waktu yang lainnya. Dalam waktu tersebut walaupun tidak bersembahyang, kita masih dapat berdoa ke hadrat llahi dengan doa-doa yang khusyuk.

Setelah Wukuf, malam harinya jemaah Haji berangkat ke Muzdalifah untuk mengambil batu-batu kecil untuk dibawa ke Mina. Di Mina dilakukan ibadat pelemparan 'jumrah' dan ibadat ini pun dapat dilaksanakan oleh wanita walaupun dalam keadaan haid.Jadi selama berada di Mina, tidak ada rintangan bagi wanita menjalankan wajib Haji walaupun dalam keadaan haid, hanya sembahyang lima waktu tidak dapat dilaksanakan.

Wanita yang sedang dalam haid dilarang memasuki Masjidil Haram dan tentunya tidak dapat melaksanakan ibadat Tawaf. Tawaf dapat dilakukan kernudiannya setelah habis haid dan mensucikan diri tentunya.

Dari pengalaman, ada wanita yang pergi menunaikan ibadat Haji berusaha melambatkan waktu datang haid mereka kerana bimbang tidak dapat melakukan ibadat Haji dengan sepenuhnya. Mereka biasanya menemui doktor untuk tujuan tersebut.

Dengan nasihat dari doktor memang ada caranya untuk tujuan tersebut, di mana pil-pil yang terdiri dari 'hormon' (seperti halnya dengan pil-pil untuk perancang keluarga)
digunakan.

Perlukah melambatkan waktu datang haid?Untuk menjawab soalan tersebut, mesti kita tinjau dari segi perubatan mahupun dari segi agama. Melambatkan waktu haid ternyata mempunyai akibat sampingan (side effect) yang tidak diingini oleh kaum wanita.

Di antaranya ialah masa datang haid akan lebih lama dari kebiasaan dan menjadi tidak teratur. Kebiasaan masa haid ialah antara 4-6 hari sahaja dan langsung boleh mensucikan diri.Tapi dengan melambatkan waktu datang haid seperti yang disebutkan, waktu haid menjadi tidak teratur, malah dapat sampai 10-15 hari dan keluarnya pun sedikit-sedikit sehingga dapat mencemaskan kaun ibu dan lebih-lebih merugikan di mana kesempatan untuk beramal lebih lama di Masjidil Haram tidak terlaksanakan.

Pengetahuan manusia amat terhad dan tentunya segala aturan/ kudrat Tuhan amat sempurna. Haid adalah suatu yang biasa (normal) bagi semua wanita. Dengan perkataan lain haid adalah kudrat Tuhan semula jadi (normal physiology).

Malah dianggap tidak normal jika tidak kedatangan haid pada waktunya kecuali pada keadaan tertentu seperti halnya sedang hamil.Tidak wajar kiranya kudrat Tuhan yang sempurna diubahsuai mengikut selera manusia tanpa mempunyai niat yang suci.Maka dengan tujuan melaksanakan hukum Tuhan, sebaik-baik jalan keluar adalah bertawakal dengan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan niat berserta doa yang ikhlas tanpa ragu-ragu.

Dengan sifat Tuhan yang Maha Pemurah tidak ada yang mustahil dengan kehendak-Nya. Jadi berdoalah dengan hati yang suci demi melaksanakan hukum Allah.Akhir kata selamat menjalankan ibadat Haji sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah

Selasa, 17 November 2009

Belajar Mengira Hari Subur Anda

PERANCANGAN keluarga secara semulajadi adalah berdasarkan kepada ketentuan masa hubungan kelamin semasa kitaran haid seseorang wanita.

Ia juga dikenali sebagai kaedah beritma ataupun kaedah masa selamat. Kaedah perancangan keluarga ini membantu sekiranya pasangan tersebut mengikuti tatacara jadual haid dengan tegas setiap masa.

Kejayaan kaedah ini bergantung pada:

* Mengenali bila telur akan dikeluarkan

* Menggunakan kaedah lain, seperti kondom pada hari kesuburan, ataupun tidak mengadakan hubungan kelamin langsung.

“Untuk memastikan keberkesanan kaedah ini, seseorang wanita itu harus tahu fungsi dan perubahan yang terjadi pada badan manakala suami pula berserta isteri mesti mengikuti pola-pola perubahan dengan tepat dan betul.

“Masih ada kebarangkalian untuk mengandung, jadi was-was itu mesti juga ditingkatkan,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Kaedah perancangan secara semulajadi di mana julat masa untuk hubungan kelamin menjadi pendek dan juga aktiviti kelamin secara spontan terencat ini memungkinkan pasangan enggan mengamalkan kaedah ini.

“Keberkesanan kaedah semulajadi ini tidak seperti kaedah-kaedah yang lain.

“Satu perempat dari mereka yang mengamalkannya mungkin termengandung,’’ tegasnya.

Kaedah semulajadi ini tidak sesuai untuk mereka yang

* Tidak sepatutnya mengandung disebabkan oleh masalah perubatan.

* Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan ramalan masa subur tidak dapat dilakukan

* Masalah dengan pendarahan abnormal dari faraj, radang faraj dan juga pangkal rahim, menyebabkan penentuan kesuburan melalui lelehan mukus serviks tidak tepat

* Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik, antitiroid dan juga antihistamin yang mungkin mengubah sifat tabii rembesan faraj, mengakibatkan kesukaran interpretasi mukus

* Keadaan yang tidak berkaitan dengan kemandulan seperti demam yang dapat mengubah suhu badan asas.

Memahami kaedah perancangan secara semulajadi

Wanita mempunyai dua ovari. Setiap satu darinya berada di sisi rahim. Saban bulan, ovari akan mengeluarkan telur yang kemudiannya akan memasuki tiub fallopio.

Ini dipanggil ovulasi dan ia berlaku pada 12 hingga 14 hari sebelum bermulanya pendarahan haid.

Menurut Dr. Shah Reza, wanita boleh mengandung sekiranya hubungan kelamin berlaku sekitar ovulasi - persenyawaan berlaku di antara telur dan sperma yang diejakulasi ke dalam faraj.

“Hasil persenyawaan ini akan bergerak melalui tiub fallopio untuk disematkan di dinding rahim yang kemudiannya membesar sebagai janin.

“Kaedah perancangan secara semulajadi ini merujuk ke kitaran haid, mengenalpasti hari kesuburan yang perlu dielakkan,’’ katanya.

Ovulasi

Bagi kebanyakan wanita, ujar beliau, telur dikeluarkan dari ovari sekitar dua minggu sebelum haid bulan berikutnya. Telur ini berupaya untuk disenyawakan dalam tempoh 24 jam selepas dikeluarkan manakala sperma pula dapat bertahan selama tiga hari.

Jenis-jenis kaedah perancangan secara semulajadi

Wanita akan ditunjuk ajar oleh profesional perubatan ataupun kaunselor perubatan bertauliah serta harus tekal terhadap penghayatan kaedah yang dipilih.

Kaedah Mengesan Suhu Badan Asas

Sejurus selepas ovulasi, suhu badan wanita akan meningkat sedikit.

“Satu jangka suhu khas digunakan untuk menyukat suhu badan wanita sejurus bangun tidur dan bacaannya diplotkan sebagai satu graf. Suhu diambil setiap hari.

“Suhu badan seseorang wanita itu turut dipengaruhi oleh demam, tidur yang terganggu serta jadual pekerjaannya terutama yang bersyif,’’ kata Dr. Shah Reza.

Pasangan yang menggunakan kaedah suhu ini tidak boleh mengadakan hubungan kelamin sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.Kaedah Mengenalpasti ovulasi secara penelitian mukus pangkal rahim melibatkan perubahan jumlah mukus yang terhasil serta penelitian pada ketekalannya.

“Lazimnya, wanita akan berasa kelainan pada lelehan mukus yang keluar melalui faraj semasa ovulasi. Perubahan inilah yang harus ditelitikan.

“Bagi kebanyakan wanita, faraj terasa kering sejurus selepas haid sebelum lelehan mukus menjadi lebih bergetah kemudiannya’’

Sebelum ovulasi, mukus ini bertukar menjadi lebih basah dan melicin. Hari-hari terakhir kebasahan mukus ini selari dengan hari kemuncak ovulasi, kemudiannya mukus akan menjadi lebih kental, mungkin juga langsung hilang dan kekeringan dirasai kembali.

Dr. Shah Reza berkata, masa selamat bermula pada 10 atau 11 hari dari penghujung haid dan juga semasa faraj dirasai kekeringan.

“Masa kesuburan iaitu masa wanita tidak boleh melangsungkan hubungan kelamin bermula dengan petanda pertama mukus dan berlangsung sehingga empat hari selepas hari kemuncak ovulasi.

“Walaupun semasa pendarahan dianggap selamat, mengandung mungkin juga boleh berlaku semasa pendarahan disebabkan oleh penghasilan mukus yang mungkin bertindih dengan masa haid.“Ini sekali gus memberikan perlindungan dan juga tempat untuk sperma berlabuh selamat. Jadi, wanita haruslah berwaspada,’’ jelasnya.

Mengulas lanjut, kaedah mukus tidak menggunakan alat penyukat suhu badan - memberikan satu kelebihan untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.

Bagaimanapun, lelehan mukus ini mungkin tercelaru dengan infeksi faraj, keghairahan seksual, penggunaan bahan pelicin serta ubat-ubatan yang dimakan.

Kaedah SimptotermalMenggabungkan kedua-dua kaedah suhu dan penelitian mukus. Sebagai tambahannya, seseorang itu harus berwaspada pada tanda-tanda lain ovulasi seperti:

* Kesakitan di bahagian abdomen mungkin juga disertai oleh kekejangan.

* Darah menitik melalui faraj

* Perubahan dengan kedudukan serta keteguhan, kekukuhan pangkal rahim

“Wanita perlu menahan diri dari hubungan kelamin bermula dari kehadiran mukus atau rasa basah sehinggalah hari ketiga selepas peningkatan suhu badan atau pun empat hari selepas kemuncak penghasilan mukus.

“Disebabkan banyak faktor yang dimasukkan ke dalam kaedah ini, jadi kaedah ini lebih berkesan berbanding kaedah-kaedah sebelumnya. Namun begitu, batasan yang mempengaruhi juga adalah sama,’’

Dr. Shah Reza.Kaedah KalendarJuga dikenali sebagai kaedah beritma di mana wanita harus merekodkan dengan pasti kitaran haid selama enam bulan. Kemudiannya, satu pengiraan sifir mudah digunakan.

Kitaran haid dikira dari hari pertama pendarahan hinggalah ke hari pertama haid yang berikutnya. Kitaran haid biasanya selama 28 hari tetapi julatnya boleh di antara 23 hingga 35 hari, masih dikira sebagai normal.

Cara kiraannya:

* Untuk kitaran haid terpendek, tolak harinya selama 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.

* Untuk kitaran haid terpanjang, tolak harinya selama 11 hari.

Ini memberikan hari terakhir kesuburanSebagai contohnya, jika sepanjang enam bulan penelitian kitaran haid didapati kitaran terpendek adalah 25 hari manakala yang terpanjang 35 hari:

Kitaran terpendek - 18 = 25 - 18 = 7 hari

Kitaran Terpanjang - 11 = 35 - 11 = 24 hari

Bermakna, hari kesuburan iaitu hari di mana hubungan kelamin perlu dielakkan bermula pada hari ketujuh dan berakhir pada hari ke-24.

Kaedah laktasi Amenorrhoea

“Bermakna, seseorang tidak akan datang haid disebabkan oleh perubahan hormon badan akibat menyusukan bayi.

“Hormon prolaktin meningkat, jadi kitaran haid dan juga ovulasi tidak berlaku, langsung kehamilan dapat dielakkan,’’ kata Dr. Shah Reza.

Untuk kaedah ini berjaya, penyusuan harus secara eksklusif tanpa gangguan pemakanan formula bayi.

“Selang di antara penyusuan tidak melebihi empat jam pada sebelah siangnya dan tidak pula melebihi enam jam pada malam hari.

“Lagi khusus penyusuan dan lagi lama anak menyusu bada, lebih berkesanlah kaedah ini. Sekiranya penyusuan diselang-selikan dengan susu formula, lagi cepatlah kitaran haid akan bermula, lagi cepat jugalah kebarangkalian untuk mengandung.

’’Tambah beliau, kaedah laktasi amenorhea lebih berkesan untuk mereka yang berumur disebabkan oleh pertambahan faktor fisiologi kesuburan yang menurun dengan peningkatan umur.

Secara umumnya, kaedah ini mempunyai dua peratus kebarangkalian untuk mengandung pada enam bulan pertama selepas kelahiran, tetapi apabila sahaja pendarahan haid berlangsung, risiko mengandung memuncak.Dr. Shah Reza turut menasihati para suami agar memberikan kerjasama sekiranya bilangan unit keluarga mahu ditetapkan.

“Sebagai ketua keluarga, mereka tidak sepatutnya menyalahkan isteri sekiranya kegagalan berlaku, juga tidak sepatutnya memaksa si isteri untuk mengamalkan mana-mana kaedah perancangan.’’