Ahad, 21 Februari 2010

Cara Wanita Lalui Usia Emas


Wanita yang berisiko mempunyai berat badan berlebihan perlu mengawal pemakanan sebelum usia mencecah 40 tahun ke atas.
BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Menurut doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim.
"Penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an. Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Gejala-gejala ini perlu dititik beratkan kerana jangka hayat bagi seorang wanita boleh mencecah hingga 80 tahun. Ia lebih panjang daripada jangka hayat sebelum ini.

Kajian menunjukkan senario ini disebabkan sosio ekonomi penduduk dunia semakin baik. Justeru itu, bilangan warga emas sekarang semakin tinggi. Namun, jika terlalu ramai, ia mungkin menjadi masalah kepada negara kerana kebanyakan golongan ini tidak berfungsi," jelas beliau.
Menyentuh masalah menopaus, ia biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Tambah beliau, jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 25 tahun untuk menempuh hidup ini.

Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan.
"Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an yang mengalami proses penuaan ialah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada.

Pada usia meningkat ini, bagi yang berkahwin mungkin akan rasa keseorangan kerana anak-anak akan berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Ini turut dialami oleh wanita yang kehilangan pasangan atau belum berkahwin," jelasnya.
Selain itu, golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula rasa sakit khususnya tulang belakang.

Beliau menjelaskan, ada rawatan yang mengurangkan sakit sendi tulang tetapi tidak berkesan kerana ia masih mengehadkan pergerakan mereka.
Misalnya, golongan warga emas mungkin boleh menggunakan tongkat untuk berjalan atau duduk ketika mengerjakan solat.
Pada usia ini juga, wanita juga perlu berhati-hati kepada penyakit yang banyak terdapat dalam masyarakat seperti darah tinggi dan diabetes.
"Tidak semua wanita akan menghadapinya tetapi kemungkinan itu ada. Namun bagi wanita, ini bukan penamat kehidupan kerana masih ada rawatan untuk mengatasi masalah ini. Yang penting, masing-masing mengambil inisiatif melakukan rawatan saringan seperti mamogram, pap smear dan ultra bunyi. Ujian saringan ini penting dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun. Misalnya, kanser tidak mengira umur dan pemeriksaan awal perlu dilakukan untuk pencegahan awal," ujarnya.

Dr. Suhaimi memberitahu, pemeriksaan sendiri seperti payu dara perlu dilakukan sebagai inisiatif diri sendiri.
Selain itu, wanita juga perlu melakukan rutin pemeriksaan kesihatan seperti hepatitis B, kolestrol, darah tinggi dan sebagainya.
Pada masa ini, wanita merupakan golongan yang ramai bekerja. Justeru itu, penjagaan kesihatan dari awal amat penting. Namun, terdapat juga wanita yang sering menafikan penyakit mereka menyukarkan pencegahan awal.
"Tidak sukar melakukan pemeriksaan, misalnya saringan osteoporosis boleh dilakukan melalui mesin imbasan tulang. Dengan mengetahui keputusan tahap kekuatan tulang, kita boleh melakukan pencegahan awal," jelasnya.
Dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak.

Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok.
Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisme badan akan menjadi rendah. Justeru itu, mereka disaran kurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.
"Sebagai gaya hidup yang sihat, setiap orang perlu melakukan senaman. Antara kelebihan senaman ialah mengurangkan tekanan dan risiko obesiti. Ramai wanita tidak tahu masalah kitaran haid dipengaruhi oleh masalah obesiti. Oleh itu, pengawalan berat badan amat perlu. Selain itu, senaman dapat mengimbangkan dan menguatkan otot.

Namun, senaman yang dilakukan perlu mengikut kemampuan peringkat umur. Bagi mereka yang tidak larat, tidak perlu berlari. Hanya banyakkan berjalan seperti waktu pagi sekurang-kurangnya hingga berpeluh," katanya.
Pelbagai penyakit yang boleh dihadapi wanita berusia 40-an;

Menopaus


Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
· Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
· Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur-ansur atau tidak tetap
· Menopaus berlaku di kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.


Adakah rawatan untuk tanda tanda menopaus?
Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopaus yang tidak disenangi. Ini termasuk makanan berkhasiat, elakkan merokok, selalu bersenam, berfikir secara positif, melakukan pemeriksaan Pap Smear, melakukan pemeriksaan payu dara dan rawatan hormon gantian ( HRT ).


Kanser payu dara

· Dua peratus daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun dan majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis.
· Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita daripada setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payu dara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku di kalangan wanita).
· Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosis sebagai kanser payu dara.
· Perlu lakukan pemeriksaan payu dara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
· Ujian yang dijalankan jika disyaki kanser termasuk ujian darah, Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB) Core Needle biopsi, ultra bunyi dan mamogram.


Kanser rahim

· Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
· Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita daripada setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
· 7.9 peratus (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri daripada kanser rahim.
· 10.5 peratus daripada kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser rahim.


Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
· Mencegah lebih baik daripada merawat.
· Amalkan cara hidup yang sihat.
· Setia pada pasangan anda.
· Lakukan pap smear setiap tiga tahun.
· Terdapat vaksin terbaru yang boleh mengawal kanser ini.


Osteoporosis

· Merupakan satu keadaan di mana tulang menjadi kurus dan lemah. Ia menyebabkan tulang anda menjadi sangat rapuh.
· Individu yang menghidapi osteoporosis mempunyai tulang yang rapuh dan cenderung mengalami masalah patah tulang pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.
· Individu pada semua peringkat umur, tulangnya tidak mencapai ketumpatan yang optimum semasa zaman kanak-kanak dan remaja, berisiko mengalami osteoporosis. -Keadaan ini berlaku terutamanya kepada warga emas.


Risiko terhadap osteoporosis boleh dikurangkan dengan:

· Pengambilan makanan yang seimbang: Pastikan anda mengambil cukup kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang.
· Bersenam secara tetap: Lakukan latihan senaman imbangan berat seperti berjalan dan angkat berat serta jenis senaman yang lain termasuk Tai Chi.
· Amalkan gaya hidup sihat seperti pengambilan diet yang sihat dan seimbang (Panduan Diet Malaysia), elakkan merokok, mengawal stres dan kurangkan pengambilan minuman beralkohol.
Obesiti
· Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
· Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
· Penyakit Kencing Manis/ Diabetes.
· Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
· Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
· Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoartritis dan kesakitan tulang pinggul.
· Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

BAHASA ISTERI YANG PERLU DIFAHAMI SUAMI


Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk


1.Sikap :Tiba-tiba tak mahu bercakap
Maksudnya :Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu
Mengatasinya :Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf


2.Sikap :Tiba-tiba marahkan suami
Maksudnya :Dia cemburu dengan tindakan suami
Mengatasinya :Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

3.Sikap :Tiba-tiba menangis
Maksudnya :Dia sakit hati dengan tindakan suami
Mengatasinya :Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

4.Sikap :Tidak mahu memberi khidmat
Maksudnya :Dia sungguh kecewa dengan sikap suami
Mengatasinya :Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir


Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

1.Sikap :Dia sudah rajin masak
Maksudnya :Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya
Mengatasinya :Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya


2.Sikap :Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami
Maksudnya :Dia puas hati dengan tindakan suami
Mengatasinya :Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

3.Sikap :Dia siap untuk tidur awal
Maksudnya :Dia sudah akur dengan kehendak suami
Mengatasinya :Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

4.Sikap :Dia bercakap dengan nada manja
Maksudnya :Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga
Mengatasinya :Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci

1.Sikap :Kehendak suami tidak dilayan
Maksudnya :Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk
Mengatasinya :Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

2.Sikap :Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
Maksudnya :Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
Mengatasinya :Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

3.Sikap :Makan tidak selera
Maksudnya :Dia mahu simpati daripada suaminya
Mengatasinya :Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

4.Sikap :Tidur seorang diri
Maksudnya :Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
Mengatasinya :Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap

1.Sikap :Muka masam
Maksudnya :Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan
Mengatasinya :Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

2.Sikap :Meminta maaf sambil menangis
Maksudnya :Dia benar-benar insaf
Mengatasinya :Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

3.Sikap :Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Maksudnya :Dia hendak meminta suami membelinya
Mengatasinya :Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Khamis, 4 Februari 2010

Kebaikan Halia


Walaupun cuaca di negara sememangnya tidak bersalji, tetapi menikmati teh halia yang panas dan beraroma tatkala hujan lebat sememangnya dapat memanaskan badan di samping memberikan seribu satu ketenangan.

Teh halia sememangnya terkenal dengan segala kebaikan dan juga sebagai penambah perisa kepada banyak hidangan. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti biasa, namun herba ini telah digunakan semenjak sekian lama. Seteguk teh halia pastinya memberikan sensasi dan rasa panas ke seluruh tubuh anda.

Sifat panas yang terdapat pada akar halia memberikan lebih banyak fungsi perubatan - sama ada dalam keadaan kering ataupun mentah. Akar halia bertindak sebagai pemanas, salap, julap, pembuka selera makan, perangsang, dan juga penawar yang baik untuk ketidakhadaman. Inilah sebabnya akar halia kering ditanam dan digunakan untuk memulihkan pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, loya, muntah - muntah, cirit- birit, radang sendi, senak perut, mabuk laut, kolik, kolera, asma, sakit kepala dan juga anoreksia.

Halia juga digunakan secara meluas di dalam bidang aromaterapi - dengan mengekstrak esen daripada akar halia yang kering, belum dikupas dan masih tertanam. Minyak halia yang telah diekstrak kemudiannya digunakan dengan mencampurkannya dengan minyak kayu cedar, cendana dan patchouli yang menghasilkan bau campuran haruman kayu - kayuan dan herba. Dapatkah anda bayangkan kenikmatan bauan ini sambil mendapatkan urutan belakang yang melegakan?

Salah satu bahan utama di dalam minyak halia adalah oleoresin dan terpenes, yang berfungsi membersihkan limfa, antiseptik, masalah sembelit yang ringan, dan memperbaiki kualiti rangsangan. Menurut kajian, halia telah dibuktikan dapat menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah, ini bermakna ia mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Kajian juga menunjukkan halia juga dapat mengubati penyakit migrain dan sakit kepala. Kandungan shogoals dan gingerols yang terdapat di dalam halia juga dapat meneutralkan asid di dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot - otot penghadaman.

Lain kali jika anda berasa kurang sihat atau menghidapi selesema, cubalah minum segelas teh halia. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga yangyang terdapat pada halia dapat memanaskan paru - paru dan perut. Di bawah adalah resipi teh halia untuk anda cuba:

4 gelas air
2 inci halia segar
Hirisan lemon dan madu ( sebagai penambah perisa )

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambahkan sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit, Tapiskan air tersebut, dan tambahkan lemon dan madu sebagai penambah perisa.


Rabu, 3 Februari 2010

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DENGAN BAYI


Dari saat kelahirannya, bayi sudah dapat mengeluarkan bunyi dalam bentuk tangisan. Ini adalah suatu keadaan normal yang menunjukkan bayi itu menggunakan organ. Didapati pada tiga hari pertama selepas kelahiran, bayi yang normal menangis antara 1 hingga 2½ jam sehari. Ada kajian yang membuktikan pada 3 bulan pertama, sebanyak 70% bayi menangis kira-kira 2½ jam sehari. Selepas berumur 1 tahun, mereka menangis lebih kurang satu jam sehari. Walau bagaimanapun, bayi yang kurang menangis tidak semestinya tidak normal.

Kadang-kadang, ibu bapa berasa risau apabila melihat bayi yang baru dilahirkan menangis dan ingin mengetahui apakah yang menyebabkan ia menangis. Tingkah laku menangis menolong sistem pernafasan dan sistem peredaran berjalan lancar. Akan tetapi, ini tidak bermakna bayi itu boleh dibiarkan menangis tanpa penjagaan. Tangisan adalah satu-satunya bentuk komunikasi bayi dan cara perhubungan antara bayi dengan orang sekelilingnya. Bagi ibu bapa, tangisan bayi membawa pelbagai maksud. Contohnya, tangisan kerana lapar, marah, sakit dan sebagainya yang bergantung pada pelbagai nada, bentuk, kekuatan dan sebagainya.

Jenis tangisan

Jenis tangisan mencerminkan masalah yang dihadapi oleh bayi. Ibu bapa yang menjaga bayi baru lahir biasanya sentiasa melakukan penilaian terhadap tangisannya bagi mengetahui apa yang dikehendakinya. Di sinilah bermulanya proses komunikasi antara bayi dengan penjaganya. Ibu yang menjaga bayi memang arif mengenali dan memahami tangisan bayinya. Biasanya, bayi menangis kerana beberapa sebab antaranya adalah:

Kelaparan

Kelaparan adalah sebab pertama difikirkan mengapa bayi menangis. Sebagai ibu, makanan yang dipentingkan untuk anaknya. Bukti andaian ini tepat dapat ditunjukkan apabila bayi itu diberi susu, dia akan berhenti menangis. Biasanya bayi yang kenyang dan sihat tidak akan menangis secara berterusan.

Tidak selesa

Bayi juga menangis apabila dia tidak selesa. Kadang-kadang selepas diberi susu pun bayi terus menangis. Ini mungkin disebabkan bayi tidak selesa kerana ada angin masuk dalam perut sewaktu bayi menghisap susu. Angin ini boleh dikeluarkan dengan membetulkan badan dan menggosok-gosok belakangnya.

Suasana terlalu panas dan terlalu sejuk

Sebenarnya bayi lebih selesa dengan cuaca panas yang tidak keterlaluan, berbanding cuaca sejuk. Pakaian yang sesuai perlu bagi memanaskan mereka. Tetapi apabila keadaan tidak selesa kerana terlalu panas, mereka akan menangis. Begitu juga dengan suasana yang sejuk. Ini membuatkan mereka tidak selesa dan terus menangis.

Kesakitan

Bayi yang menangis terlalu lama dan memenatkan orang yang menjaganya berkemungkinan menghadapi masalah Mereka yang mengalami kesakitan, seperti perut kembung (colik) menangis dengan suara yang sungguh nyaring dan boleh dikenali berbanding dengan tangisan yang lain. Segala usaha oleh ibunya bagi menenangkannya tidak akan berjaya dan bayi ini perlu diberi perhatian yang serius. Bayi dalam keadaan seperti ini dinasihatkan supaya dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Keletihan

Bayi juga menangis apabila letih dan memerlukan bantuan untuk berehat. Bayi yang kecil masih belum pandai menenangkan diri apabila terlalu penat selepas bermain. Mereka meminta bantuan melalui tangisan. Bayi dalam keadaan itu boleh didakap sambil didodoikan.

Kesunyian

Kadang-kadang ada bayi yang menangis berterusan tanpa sebarang sebab yang jelas. Apabila sebarang masalah fizikal tidak dapat dikesan dan telah disahkan yang bayi tidak mempunyai sebarang bentuk penyakit, mungkin sebabnya adalah mereka kesunyian. Ia boleh diredakan dengan memberi rangsangan. Apabila ada kelapangan, anda boleh bermain dengannya. Sekiranya anda terlalu sibuk, bayi boleh melayan diri dengan bermain alat permainan ataupun melihat gambar dalam buku. Pastikan gambar itu besar dan berwarna terang. Rujuk bab 3 bagi mengetahui tahap perkembangan penglihatan bayi pada umur tertentu.

Ibu bapa tidak usah runsing apabila tindakan memberi perhatian terhadap bayi yang menangis akan menyebabkannya menjadi manja dan sentiasa ingin didukung ataupun diberi perhatian. Tangisan adalah bentuk komunikasi paling awal yang dapat ditunjukkan. Apabila anak ini membesar dan dapat mengujarkan bunyi yang dapat difahami melalui satu ataupun dua kata, dia mula bercakap bagi menyatakan perasaannya.

Kajian membuktikan bayi yang cepat diberi perhatian apabila dia menangis menggunakan tangisan untuk berkomunikasi secara berkesan. Mereka hanya menangis ketika memerlukan bantuan dan cepat berhenti menangis apabila perhatian diberi. Kajian yang sama membuktikan bayi yang diberi perhatian hanya selepas lama menangis akan lambat berhenti menangis, walaupun telah diberi perhatian. Bayi itu juga lambat daripada segi membentuk kemahiran komunikasi yang berkesan sama ada secara tangisan ataupun mengguna perkataan.

Isnin, 25 Januari 2010

Kenali Kacang Soya


KACANG SOYA ataupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 cm. Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Mana kala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat ataupun hitam atau kedua-duanya.
Kacang soya adalah kekacang berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa Jepun, shoyu (kicap).

Ia dianggap sebagai sumber protein lengkap iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pengamal vegetarian. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji kekacang lain (pulses). Bijirin bukan kekacang yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran seperti oat.

Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk tepung soya, tauhu, tempe, soya licithindan minyak sayuran. Ia juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya dan keluaran seperti susu soya, yogurt dan krim keju soya boleh didapati dengan mudah. Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak. Maka, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium.

Tofu mengandungi sejumlah besar mineral penting kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protein dalam susu soya bagi menghasilkan tauhu (tofu). Tambahan lagi, protein soya telah didapati dapat mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang.
Kacang soya digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut dan biodesile.

KEBAIKAN SOYA:



  1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.

  2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

  3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

  4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

  5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

  6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

  7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

  8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Rabu, 20 Januari 2010

Petua Memendekkan Kuku


Sabtu- tidak baik,kerna dia membawa angin penyakit

Ahad- tidak baik, kerna ia mendatangkan papa

Isnin-Bagus dan baik kerna ia menolak penyakit

Selasa- tidak baik, kerna ia mengluarkan rahmat

Rabu- Tidak baik sama sekali

Khamis- Bagus dan baik kerna ia menjadi penawar dan ubat

Jumaat- bagus dan baik-mendatangkan rezki.


Aturan memotong kuku.


Dimulai dgn tangan kanan dan mulai dgn jari telunjuk seterusnya jari tengah,jari manis dan jari kelingking kemudian terus ke tangan kiri dimulai dgn jari manis,jari kelingkin,jari tangah dan jari telunjuk, setelah itu baru kerat kuku ibu jari kanan dan kemudian ibu jari kiri.Kuku yg sudah dikerat itu dikerat lagi kecil2 dan tanamlah ia, mudah mudahan ada berkatnya.

Selasa, 19 Januari 2010

Sistem Penapis dan Merawat Air Berteknologi Tinggi Fir-Nano






Apakah Teknologi Nano

Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL - 1 nanometer = 0.000000001 meter

Ini jelas menunjukkan betapa kecilnya saiz nano, sehingga mencapai 1000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia

Keberkesanan Teknologi Nano dalam Bio Aura
  • Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandunganoksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat
  • Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan
  • Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien
  • Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh
  • Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum
  • Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum
  • Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan
  • Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid
  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan

Amalan Meminum Air Bio Aura dapat...

1. Membantu merawat darah tinggi

2. Membantu merawat tekanan darah rendah

3. Membantu merawat tekanan (stress)

4. Membantu merawat lumpuh (stroke)

5. Membantu merawat arthiritis

6. Membantu merawat penuaan & nyanyuk

7. Membantu kecerdasan minda (kanak-kanak)

8. Membantu merawat penyakit parkinson

9. Membantu merawat penyakit kulit (Allegik)

10. Membantu merawat ulser (kulit) dan kulat kaki

11. Membantu merawat migraine (sakit kepala yang teruk)

12. Membantu merawat insomnia

13. Membantu merawat rambut

14. Membantu merawat kesuburan & mandul

15. Membantu merawat asma

16. Membantu merawat masalah jantung

17. Membantu merawat gastrik

18. Membantu merawat bengkak usus

19. Membantu merawat urik asid (ghout)

20. Membantu merawat kencing manis (diabetes)

21. Membantu merawat Hepatitis B & C

22. Membantu merawat senggugut, keputihan dan urat bersimpul

23. Membantu merawat sembelit

24. Membantu merawat buasir dan batu karang

25. Membantu merawat kanser

26. Membantu merawat kelenjar prostat

27. Membantu merawat berkaitan dengan buah pinggang dan lain