Khamis, 17 Disember 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Selasa, 15 Disember 2009

KOMPUTER LAMBANG MASYARAKAT CELIK IT


Satu orang satu komputer. Kata-kata ini membuktikan bahawa masyarakat masa kini semakin celik komputer serta berminat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Memiliki komputer riba kini tidak lagi dianggap barangan mewah tetapi satu keperluan kepada setiap orang sama seperti telefon bimbit yang kini setiap orang memilikinya, termasuk kanak-kanak. Ia antara barangan kemestian yang perlu dibawa ke mana-mana.


Bagi yang masih belum ada komputer sendiri atau sedang tercari-cari jenis komputer bagaimana yang hendak dibeli, ikuti serba sedikit panduan mencari komputer yang sesuai membantu anda menyelesaikan masalah.


Pertama, sebelum membeli komputer anda perlu menyiasat ciri-ciri yang diperlukan iaitu RAM (random access memory), kelajuan pemproses, keupayaan grafik, ruang cakera keras dan sebagainya.


Pilih kedai yang khusus, kedai barangan elektronik, rangkaian jualan, pembina komputer tempatan, tempahan melalui pos atau pengusaha internet, berdasarkan perkakasan dan khidmat yang anda perlukan.


Beli hanya apabila anda benar-benar perlu. Tidak kira berapa lama anda menunggu untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik, dengan ciri-ciri yang sama, harganya akan susut dalam jangkamasa enam bulan.


Buat keputusan ciri-ciri yang anda perlukan berdasarkan apa yang akan anda buat dengan komputer itu nanti. Contohnya, anda merancang menggunakannya untuk mereka bentuk grafik, bunyi dan video, anda memerlukan lebih banyak RAM.


Jika anda memerlukannya untuk membuat banyak kerja-kerja yang "computational" (contohnya; mencari melalui pangkalan data yang besar atau menonton video) anda akan memerlukan pemproses yang berkuasa hebat.


Buat keputusan jenis komputer yang anda perlukan, sama ada anda memerlukan komputer riba (laptop) yang boleh dibawa ke mana-mana atau komputer meja. Pilih jenama komputer berdasarkan kualiti, harga dan khidmat bantuan teknikal yang ditawarkan.


Berdasarkan keperluan yang anda gemari, anggarkan konfigurasi utama yang anda perlukan, termasuklah pemproses (AMD atau Intel Celeron atau Intel Pentium lll/lV), kelajuan (900Mhz atau 1.0 GHz atau lebih), jumlah RAM (64MB atau 128MB atau lebih) dan saiz pemacu keras (10GB atau lebih) dan monitor (15" atau 17" - CRT atau panel rata).


Tentukan pemacu tambahan yang anda perlukan:pemacu CD-ROm, DVD-ROM, perakam CD-RW, Zip dan sebagainya. Pilih persisian dan perkakasan tambahan seperti modem, kad bunyi (sound card), kad video (video card) dan pembesar suara.


Pastikan berapa banyak slot kad dalaman (internal card slots) tambahan dan ruang pemacu cakera yang anda perlukan bagi memberi lebih ruang untuk perluasan ataupeningkatan keupayaan komputer anda pada masa akan datang.


Tetapkan apakah perisian pra-pasang (pre-installed) yang anda mahu atau perlukan. Sekurang-kurangnya dapatkan sistem pengoperasian, seperti Windows, program anti-virus dan program pemprosesan kata (word processing), spreadsheets dan pangkalan data.


Pilih jangkamsasa jaminan atau khidmat yang diliputi berdasarkan keperluan anda. Tidak kurang pentingnya anda juga mestilah sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini teknologi dengan membaca ulasan tentang produk terbaru yang berada dipasaran dari majalah atau internet.


Fahamilah bahawa RAM adalah tempat sementara di mana komputer anda menyimpan data untuk diproses. Walaupun lebih banyak RAM lebih baik anda tidak perlu RAM yang banyak jika anda mengehadkan penggunaan komputer hanya untuk membuat tugasan yang mudah seperti pemprosesan kata dan memeriksa baki.


Permainan komputer memerlukan banyak RAM; grafik dan bunyi memerlukan lebih lagi. Pemproses masa kini biasanya cukup laju untuk semua melainkan aplikasi yang memerlukan lebih kuasa seperti streaming video.

Ahad, 13 Disember 2009

Kredit Pilih Bila perlu


Kurang pemahaman mengenai kredit menyebakan ramai pengguna menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan mereka hingga boleh menyebabkan mereka jatuh bangkrap. Biarpun kredit atau berhutang membantu sedikit sebanyak membantu melancarkan kehidupan keluarga anda, malangnya penggunaan kredit yang tidak terkawal akan mendatangkan bahaya kepada anda dan juga keluarga yang anda sayangi.


Bagi mengelakkan penyalahgunaan kredit, seseorang itu mesti benar-benar memahami keperluan kredit itu sendiri dan membuat pertimbangan dengan tepat sebelum menjerumuskan diri dalam pembiayaan kredit dengan mana-mana pembelian barangan ataupun perkhidmatan. Membeli rumah contohnya, terpaksa dilaksanakan secara kredit dengan bank oleh kebanyakan orang memandangkan untuk membeli rumah secara tunai adalah sukar kerana memerlukan wang tunai dalam jumlah yang besar.


Namun sebagai pengguna yang menggunakan perkhidmatan pembiayaan kredit itu, anda perlu prihatin dengan bayaran ansuran bulanan dalam tempoh jangka panjang yang ditetapkan berserta caj kadar faedah yang dikenakan sepanjang tempoh terebut.


Sekiranya anda tidak mengambil berat mengenai ansuran bulanan rumah yang anda beli boleh ditarik oleh pihak bank dan dilelong. Bagaimanapun sekiranya anda dapati dalam keadaan kemelesetan ekonomi ini anda tidak lagi mampu melangsaikan ansuran bulanan kerana masalah kewangan yang dihadapi anda boleh berbincang dengan pihak bank untuk mengurangkan jumlah ansuran mengikut kemampuan anda.


Lebih baik menebalkan muka berbincang dengan pihak bank daripada mendiamkan diri dan membiarkan ansuran rumah anda tidak berbayar selama berbulan-bulan dan akhirnya pihak bank mengambil keputusan melelong kediaman yang anda sayangi itu.


Berbelanja kredit untuk penggunaan yang berlebihan contohnya kepada barangan yang tidak perlu boleh menyebabkan pendapatan sebenar anda menurun dengan banyaknya. Pendapatan yang kurang akibat membayar kredit yang terlalu banyak menyebabkan pengurusan kewangan anda bermasalah besar. Lebih parah apabila anda beberapa ansuran kredit yang mesti dibayar setiap bulan gagal dilunaskan. Akhirnya peniaga atau pihak pemberi kredit mengambil tindakan undang-undang ke atas anda dan ini membuatkan lebih terbeban dan tertekan.


Perlu diketahui apabila anda mengambil keputusan membeli sesuatu secara kredit bermakna anda membeli barangan atau perkhidmatan itu dengan harga yang lebih mahal berbanding dengan pembelian secara tunai.


Jadi berfikir dengan bijak sebelum membuat tindakan. Bertindaklah secara bijaksana dan berbelanjalah mengikut kemampuan akaun anda. Janganlah berbelanja kerana mahu menunjuk-nunjuk anda berkemampuan sebaliknya semua kesusahan itu andalah yang menanggungnya sendiri.

Aktiviti Berfaedah Hilangkan Stres


Stres atau tekanan boleh mendatangkan pelbagai masalah negatif kepada individu sama ada dari segi fizikal dan emosi. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan boleh mengundang risiko kepada masalah mental seperti kegelisihan dan kemurungan.

Memang sukar untuk mengelakkan punca stres secara menyeluruh tetapi kita mampu berusaha menangani tanda awalnya dengan menjana sikap positif melalui minda dan emosi. Jadikanlah matlamat hidup kita untuk mencapai keseimbangan dan keharmonian hidup dan akhirat. Luangkan masa yang mencukupi untuk kerjaya, perhubungan, kemesraan dan aktiviti santai yang merehatkan.

Berurut atau mengunjungi spa bagi merehatkan minda dan badan untuk yang berkemampuan adalah antara cara menghilangkan stres. Dengan urutan yang betul ia mampu mengurangkan tekanan darah dan melegakan kekejangan otot, disamping bauan segar yang boleh merehatkan minda.

Bercuti juga mampu mengurangkan stres terutama di tempat kerja kerana ia membantu melupakan seketika masalah dan tekanan kerja. Bersantai di hujung minggu atau mengambil cuti ini boleh menenangkan fikiran. Cubalah terokai keindahan air terjun, pantai, tanah tinggi dan pulau di Malaysia yang menjanjikan ketenangan.

Bagi yang beragama Islam, membaca al-Quran adalah terapi terbaik untuk membuatkan jiwa menjadi tenang selain menunaikan solat sunat. Selain itu, tidur mencukupi juga perlu kerana tidur adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenaga secara fizikal dan mental keesokan harinya.

Mereka yang berdepan masalah ini dinasihatkan berkongsi suka duka masing-masing bersama seseorang yang memahami kerana stres mampu dikurangkan dengan cara itu dan sebarang masalah lebih mudah diselesaikan secara perbincangan atau menulisnya dalam diari atau blog.

Ada yang mengatakan membeli belah adalah satu terapi untuk mengurangkan stres. Tidak salah untuk mencuba kerana ia juga sedikit sebanyak mampu menjana ekonomi negara tetapi hendaklah berpada-pada supaya hutang tidak menimbun.

Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur dan elakkan pengambilan kafein serta alkohol secara berlebihan selain memilih pemakanan sihat dengan melebihkan bijirin, sayuran dan buah.

Lebih menjimatkan jika anda mempunyai pengisar buah dan menggunakannya untuk menghasilkan jus buah dan sayur. Minumlah setiap pagi jus buahan dan sayuran yang segar bagi menambah kesihatan minda dan badan.

Berkebun juga antara aktiviti yang boleh menghilangkan stres. Walaupun ia kadang kala memerlukan tenaga tetapi apabila peluh keluar badan menjadi lebih sihat dan minda lebih tenang apabila melihat hasil yang ditanam dapat dituai.

Stres juga boleh dihilangkan dengan mempunyai hobi yang berfaedah seperti memancing, merakam gambar, berenang dan membaca. Bajet masing-masing.

Gigi Cantik Serlah Senyuman Menawan


Penjagaan gigi dan gusi perlu bermula sebaik saja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa.

Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik.

Oleh itu adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Mulut-Baru Lahir Hingga 24 Bulan


  1. bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.

  2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.

  3. berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.

  4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.

  5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.

  6. Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.

Umur 2-6 Tahun



  1. Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.

  2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahgaian gigi yang rapat.

  3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 Tahun



  1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dengan pengawsan ibubapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.

  2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

Kanak-kanak Dari Semua Peringkat Umur



  1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.

  2. Berus gigi dua kali sehari iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

Khamis, 10 Disember 2009

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Israk Mikraj Rasulullah


SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

(2) Perempuan yang digantung dengan lidahnya

(3) Tangannya dikeluarkan daripada punggung

(4) Minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(5) Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

(6) Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(7) Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(8) Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9) Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

(10) Rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
.

PERBEZAAN SEMUT & MANUSIA


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.