Ahad, 6 September 2009

Jenis-Jenis Puasa

1. Puasa Buta Celik:- Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon! Tapi bila nampak awek lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!

2. Puasa Buta Membuta:- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.

3. Puasa Nyanyuk:- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.

4. Puasa Asap:- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.

5. Puasa Borong:- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia boleh gantung kat leher dan telinga!

6. Puasa Telan Semua:- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan.Tu pun nasib baik kalau lantai tu dia tak kopak makan.

7. Puasa Ghaib:- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu. Bagi orang yang berpengalaman, mereka dengan mudah dapat mengesan org yang macam ni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!

8. Puasa Menghitung Hari:- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik. Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.

9. Puasa Belakang:- Depan og bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia cukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.10. Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat.

10. Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat.

Khamis, 3 September 2009

Ibadah Malam Lailatulqadar


Di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah malam lailatulqadar. Pelbagai definisi diberikan oleh ulama terhadap maksud lailatulqadar itu. Dalam tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada pengertian Al-Quran, karangan Abdullah bin Mohammad Basimeh menyebut lailatulqadar itu bermaksud 'malam kemuliaan dan kebesaran'.

Dalam surah Al-Qadar ayat 1-5, Allah berfirman yang maksudnya, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh kesejahteraan, sampai terbit fajar).

Berdasarkan kepada ayat di atas kita dapati ada tiga kelebihan yang jelas pada malam lailatulqadar itu, iaitu:

1. Amal ibadat pada malam itu lebih baik dari seribu bulan atau tiga puluh tiga ribu hari atau lapan puluh tiga tahun empat bulan.

2. Malaikat dan Jibril turun ke bumi untuk mengucapkan serta mendoakan kesejahteraan untuk orang-orang yang beriman.

3. Malam itu penuh dengan kedamaian sehingga terbit fajar.

Lebih dari itu pada malam itu juga Allah mengutuskan para malaikat-Nya untuk sama-sama beribadat dengan kita, malahan turut mendoakan agar orang-orang yang beriman yang beribadat pada malam itu mendapat kesejahteraan dan diampunkan dosa-dosa mereka. Ada setengah ulama mengatakan pada malam itu dunia seolah-olah menjadi sempit dek kerana limpahan para malaikat yang melaksanakan pelbagai urusan dengan keizinan Tuhan mereka.

Malam itu juga diberikan kedamaian dan ketenteraman sepanjang malam sehingga terbit fajar. Kedamaian dalam kehidupan harian manusia merupakans atu keperluan dan satu rahmat yang cukup besar. Tanpa kedamaian kehidupan tidak memberi apa-apa erti kerana segala urusan, termasuk amal ibadat tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru malam itu kedamaian diturunkan bersama lailatulqadar agar orang-orang yang beriman berlumba-lumba mengerjakan amal ibadat tanpa diganggu gugat oleh apa-apa jua.

Para ulama tidak dapat mempastikan waktu sebenarnya berlaku lailatulqadar. Namun kebanyakan ulama berpendapat lailatul qadar itu berlaku pada malam ganjil sepuluh terakhir bulan Ramadan, iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Imam Shafi'I lebih cenderung kepada malam 21 atau 23 Ramadan. Ibnu Abbas pula berpendapat ia berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan perkataan 'hiya' dalam surah Al-Qadar itu yang merujuk kepada malam lailatulqadar jatuh pada urutan kalimah yang ke 27 dari pangkal surah al-qadar itu sendiri.

Ada hikmah yang Allah sembunyikan waktu sebenar lailatulqadar itu kepada kita sepertimana Allah tidak memberitahu kita waktu sebenar berlakunya hari qiamat. Bahkan kepada Rasulullah s.a.w. sendiri Allah tidak memberitahu mengenai kedua-dua perkara ini. Berdasarkan kepada hadis-hadis sahih hanya tanda-tandanya sahaja diberitahu.

Walau bagaimanapun 'malam kemuliaan dan kebesaran' itu menekankan kepada pentingnya memperbanyak serta melipatgandakan amal ibadat pada sepanjang bulan Ramadan, lebih-lebih lagi selepas sepuluh terakhir bulan Ramadan.

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: "Malam lailatulqadar itu ada pada bulan Ramadan di waktu sepuluh hari yang akhir, iaitu pada malam dua puluh satu atau malam dua puluh tiga atau malam dua puluh lima atau malam dua puluh tujuh atau malam dua puluh sembilan atau malam yang akhir dari Ramadan. Sesiapa yang bangun (mendirikan) ibadat di waktu itu kerana mengharapkan keredaan Allah dan pahanya, diampunkan Allah dosanya yang telah lalu dan dosanya yang kemudiannya.

"Oleh kerana ia merupakan satu anugerah Allah kepada orang-orang yang beriman, maka mengapa tidak anugerah itu diambil dengan melipatgandakan amal ibadah semoga kita mendapat keredaan Allah di samping dapat menikmati gandaan ganjaran pahala yang begitu besar sekali yang mungkin sukar untuk kita lakukannya pada waktu-waktu biasa sepanjang usia kita di muka bumi ini.

Petua Menyusu Bayi Pada Bulan Ramadan Oleh:Hafizah Iszahanid


KEBANYAKAN kita tahu susu ibu membekalkan nutrisi yang sangat hebat untuk pembesaran bayi. Selain membekal sistem imunisasi dan pencegahan serangan bakteria tertentu, susu ibu juga berubah rasa dan kandungan zatnya berdasarkan keperluan pembesaran bayi. Formula ini yang menjadi asas kepada penghasilan susu formula bayi yang banyak terdapat di pasaran.

Bagaimanapun tidak ramai yang tahu kaedah menyusukan bayi. Mengikut kajian Universiti Yale seperti diterbitkan dalam Jurnal Barah British 2001, mendapati wanita yang menyusu bayi berupaya mengurangkan 50 peratus risiko mendapat barah payu dara berbanding mereka yang tidak pernah menyusukan bayi.

Begitupun, apabila Ramadan tiba, kebanyakan ibu mula resah, adakah dia boleh terus menyusukan bayi? Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kalori yang diperlukan seseorang ibu yang menyusu adalah sebanyak 2,700 kcal setiap hari untuk enam bulan pertama dan 2,950 kcal selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Bagi seseorang wanita yang tidak hamil dan tidak menyusu, keperluan kalorinya adalah sebanyak 2,200 kcal setiap hari. Penyusuan memerlukan banyak tenaga. Selain daripada pemakanan, tenaga ini juga datangnya daripada lemak-lemak yang terkumpul pada ibu ketika hamil. Dengan itu, menyusu badan adalah antara cara untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin. Lemak yang terkumpul ini akan digunakan dalam masa enam bulan penyusuan sepenuh masa.

Seseorang ibu digalakkan menyusukan bayi sekurang-kurangnya lima atau enam bulan pertama selepas melahirkan. Justeru, amalan pemakanan yang sihat dan seimbang tentu saja diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup bukan saja pada Ramadan tetapi pada hari-hari biasa.

Tiga kumpulan makanan yang harus dititikberatkan adalah makanan yang memberi tenaga karbohidrat dan lemak seperti nasi dan roti, makanan yang memberi protein seperti ikan dan daging dan makanan yang mencegah penyakit seperti vitamin dan galian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Meskipun berpuasa, pengambilan makanan ketika bersahur dan berbuka seharusnya mengandungi ketiga-tiga makanan dalam kumpulan ini selain minum air dengan secukupnya. Minum banyak air semasa berbuka dan sepanjang malam.

Tetapi jika pengeluaran susu berkurangan, ibu dibenarkan berbuka puasa. Begitupun ada cara untuk memastikan bayi masih mendapat susu yang cukup iaitu dengan memerah dan menyimpannya. Susu yang diperah boleh digunakan dalam tempoh 24 jam. Susu juga boleh disimpan antara satu dan dua hari jika di dalam peti sejuk atau dua minggu jika diletakkan dalam ruang sejuk beku, tiga bulan jika dalam ruang sejuk beku dengan pintu berasingan bagi peti sejuk dua pintu.

Perahan susu yang beku disimpan di dalam botol dan ia boleh dicairkan dengan merendamkan botol dalam air suam (yang tidak mendidih). Tetapi jangan dihangatkan dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan jika perahan susu ini tidak dipanaskan dan tidak diminum dalam tempoh sejam, ia harus dibuang.

DUA BELAS AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...... .jadi hantu loceng...... ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah

Isnin, 31 Ogos 2009

Menghayati Malam Lailatulqadar


DI ANTARA malam-malam Ramadan terdapat satu malam yang disebut lailatulqadar, malam yang penuh keberkatan dan kebaikan. Di dalam al-Quran dikatakan bahawa malam ini lebih baik daripada 1,000 bulan, sama dengan 83 tahun 4 bulan.Sungguh beruntung orang yang memperoleh kesempatan beribadah pada malam itu.

Lailatulqadar adalah malam yang amat agung kerana dipilih Allah sebagai malam permulaan Nuzul Quran atau permulaan melimpahkan cahaya agama Allah ke seluruh alam, di samping melimpahkan kesejahteraan dan kedamaian yang memancar dari hidayat Allah (al-Quran) ke atas hati dan kehidupan manusia.

Dan ia harus diimani oleh setiap umat Islam berdasarkan firman Allah dalam surah Ad Dukhan ayat 3 hingga 5 yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al- Quran itu pada malam berkat (malam lailatulQadar); (kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba kami ditimpa azab).

Kami menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut, kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan (pada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami.Jika kita renungkan kembali pada hari ini pada abad-abad yang sekian lama meninggalkan peristiwa lailatulqadar, dan kita gambarkan kembali temasya indah yang disaksikan oleh bumi pada malam itu, di samping memerhatikan apa yang berlaku pada malam itu dan meneliti kesan-kesannya di samping zaman, kepada dunia dan kepada kefahaman hati dan akal manusia tentulah kita dapati bahawa lailatulqadar sebenarnya suatu malam yang sungguh agung.

Pada malam itu, Allah menjelaskan segala urusan yang bijaksana, meletakkan nilai-nilai, dasar-dasar dan neraca-neraca dan menetapkan kedudukan yang lebih besar dari kedudukan individu umat atau bangsa, malah lebih besar dari itu lagi iaitu kedudukan hakikat peraturan dan hati manusia.Dari Anas meriwayatkan sebuah hadis Rasululah s.a.w. yang bermaksud:Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatku lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat-umat sebelum mereka. (Riwayat Ad Dailani).

Nabi kita menggalakkan kita dan ahli keluarga menghidupkan malam itu dengan amal ibadat. Rasulullah sendiri sering meningkatkan peribadatannya khususnya pada 10 hari terakhir dari bulan tersebut. Bahkan keluarganya dibangunkan, diajak memperbanyakkan amal di tengah malam.Diriwayatkan bahawa Nabi membangunkan Fathimah dan Ali kemudian berkata kepada kedua-duanya, ?Bangunlah, kemudian solatlah.? Beliau membangunkan Aisyah pada waktu malam apabila hendak menunaikan tahajudnya serta witir.

Diriwayatkan bahawa Nabi berjaga pada malam 23, 25 dan 27, dan disebutkan bahawa ia mendoakan keluarga dan isterinya terutama pada malam ke-27. Hal ini menunjukkan bahawa beliau menganjurkan mereka tentang bilangan hari yang ganjil yang diharapkan di dalamnya ada lailatulqadar. Imam ath-Thabrani meriwayatkan dari Ali bahawa Nabi membangunkan keluarganya, yang kecil mahupun besar untuk solat pada 10 malam terakhir.

Sufyan ats-Tsauri berkata, Aku lebih suka bila masuk sepuluh yang akhir untuk bertahhajud di malam hari dan bersungguh- sungguh di dalamnya, membangunkan keluarga dan anak untuk solat bila mereka kuat melakukannya.Solat malamDisebutkan dalam Al-Muwaththa bahawa Umar ibn al-Khaththab, solat malam sesuai kehendak hatinya dan jika datang pertengahan malam ia membangunkan keluarganya untuk solat. Ia berkata kepada mereka, ?solat, solat? dan membaca sepotong ayat yang maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu untuk solat dan bersabarlah atasnya. ( Thaha: 132).

Nabi juga memerintahkan untuk mencari lailatulqadar agar kaum Muslim tidak disibukkan sepanjang malam-malam Ramadan dengan kesenangan yang dibolehkan. Baginda memerintah untuk mencari lailatulqadar dengan bertahajud terutama pada malam-malam yang diharapkan lailatulqadar. Nabi bercampur dengan keluarganya hingga 20 Ramadan, kemudian menjauhi isteri-isterinya untuk mencari lailatulqadar pada 10 yang terakhir. Di antaranya mengakhirkannya untuk makan sahur. Aisyah dan Anas meriwayatkan bahawa Nabi jika datang Ramadan, akan mendirikan solat malam dan tidur.

Apabila masuk 10 hari terakhir; ia mengetatkan ikat pinggang, menjauhi isteri dan mandi di antara dua azan dan mendirikan isya, waktu sahur.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud:Barangsiapa yang melakukan ibadat pada lailatulqadar kerana didorong keimanan dan harapan mendapatkan pahala dari Allah nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu.Asy-Syafii berkata dalam Qaul Qadim, ?

Disunatkan bersungguh-sungguh beribadah pada siang hari sebagaimana bersungguh- sungguh di malam hari.? Ucapan ini menunjukkan sunatnya bersungguh-sungguh dalam semua masa selama 10 hari terakhir Ramadan, malam dan siangnya.Jika lailatulqadar datang setiap tahun maka sudah tentu ada tanda-tanda kedatangannya. Justeru lailatulqadar sesuatu yang abstrak, spirituail dan rohaniah.

Maka terdapat pelbagai pendapat mengenai cara kedatangannya atau cara seseorang itu memperoleh lailatulqadar. Tidak sedikit dari cerita-cerita itu bersifat mitologi, yang tidak boleh dipertanggungjawabkan, tidak masuk akal dan mengada-ngada.Ada cerita, kalau lailatulqadar turun maka air sungai berhenti mengalir, tumbuh-tumbuhan tunduk tenang, alam raya terlihat cerah, bintang bersinar dan sebagainya. Mungkin semua itu pernah terjadi terutama di wilayah geografinya memungkinkan - seperti air membeku, tetapi tidak ada kaitannya dengan lailatulqadar. Jadi peristiwanya cuma kebetulan.

Hakikatnya bagaimanakah al-Quran berbicara soal tanda-tanda lailatulqadar?Dalam surah al Qadr (97) ayat terakhir, Tuhan menyebut tanda-tandanya: Salaamun hiya hatta matlail fajr ? kedamaian atau kenikmatan hakiki (terjadi) pada malam itu sehingga terbit fajar. Jadi jelas bahawa tandanya tidak bersifat lahiriah, kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dapat dirasakan.

Maka barang siapa yang mendapatkan lailatulqadar, dia akan merasakan kedamaian atau ketenangan yang luar biasa dalam dirinya pada malam itu hingga terbit fajar.Itu sebabnya dalam Surah ad Dukhan (44) ayat 3 lailatulqadar disebut sebagai laylatun mubaarakah kerana kedamaian hati yang bersumber langsung dari Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi seorang musafir yang kehausan. Yang kedua, al-Quran adalah sumber pengetahuan tertinggi dan, kerananya, kebenaran tidak diragukan. Ia hanya boleh dicapai oleh darjat keintelektualan yang paling tinggi, intelek kenabian.

Maka kalau anda boleh mendapatkan percikkannya (saja) pada malam lailatulqadar, bererti - berkat mujahadah anda hingga saat itu - anda berhasil menyentuhi intelek kenabian; dan itu adalah kenikmatan dan sekali gus berkah yang paling tinggi. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir, pada malam ganjil. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tentang bila datangnya lailatulqadar banyak riwayat mengaitkan dengan malam-malam ganjil di 10 hari terakhir. Mungkin ini ada hubungannya dengan hadis lain yang meyebut bahawa, Allah itu ganjil dan menyenangi yang ganjil-ganjil.Jika anda benar-benar berkeinginan mendapatkan lailatulqadar, anda harus melakukan kiam Ramadan. Iaitu menghidupkan sepanjang masa bulan Ramadan, siang dan malam, dengan taklim (belajar), ibadah, zikir, solat sunah, dan qiraah (tadarus dan telaah) al-Quran; memusatkan seluruh pintu indra yang memungkinkan dosa dan fikiran-fikiran buruk hinggap di hati anda.

Ciri-ciri orang yang mendapat lailatulqadar mengikut al-Quran:

* Iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka; dan mereka yang beriman kepada apa-apa yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) dan apa-apa yang Kami turunkan sebelum kamu, serta mereka yakin kepada (adanya) kehidupan akhirat. (al-Baqarah [2]: 2-4)

* Iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberi harta yang diicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, anak jalanan (termasuk musafir yang memerlukan pertolongan), orang-orang yang meminta-minta, (menghilangkan) perbudakkan, mendirikan solat, menunaikan zakat, menepati janjinya apabila berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan saat ditimpa musibah? (al-Baqarah [2]: 177)

* Iaitu orang-orang yang menginfakkan (hartanya di jalan Allah), baik di waktu lapang maupun sempit; orang-orang yang dapat menahan amarahnya; dan memaafkan (kesalahan) manusia... ( Ali 'Imran [3]: 134)

* Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang (ciri-cirinya) dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya; bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin; berwibawa terhadap orang-orang kafir, berjihad di jalan Allah; dan tidak takut terhadap celaan orang-orang yang mencela... (al-Maaidah [5]: 54).

* Iaitu mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya; apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat- Nya bertambah imannya dan (hanya) kepada Tuhannya mereka menyerahkan diri. Juga mereka yang mendirikan solat, dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (al- Anfaal [8]: 2-3).

* Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya; dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia; dan orang-orang yang menunaikan zakat; dan orang-orang menjaga kemaluannya; dan orang-orang yang memelihara amanah dan janjinya; dan orang-orang yang memelihara solatnya? (al-Ma?aarij [70]: 22-34)

Kurma Penuh Dengan Khasiat


SETIAP kali menjelang Ramadan, kurma pasti menjadi hidangan wajib untuk berbuka, walaupun hanya sebiji dua.Masa inilah beraneka jenis, rasa dan rupa kurma tiba-tiba muncul di pasaran yang kerap dijadikan hadiah atau buah tangan. Biar apapun bentuknya, kurma adalah buah-buahan yang mengandungi banyak khasiat.Masyarakat Arab contohnya percaya amalan memakan kurma bukan saja baik untuk kesihatan tetapi ia juga boleh menghaluskan kulit, memperbaiki kesihatan sistem pencernaan dan memberi tenaga kepada wanita hamil kerana ia dipercayai boleh membantu perkembangan otak bayi.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Selasa, 25 Ogos 2009

Penjagaan Diabetis Musim Ramadhan

KEKELIRUAN dan salah faham mengenai penjagaan penyakit menyebabkan ramai pesakit kencing manis mengalami masalah kesihatan sepanjang bulan puasa dan keadaan ini biasanya bertambah buruk menjelang hari raya.Tidak dapat menahan nafsu makan ketika berbuka, kurang pengetahuan mengenai jenis dan kuantiti makanan yang berpadanan dengan keperluan seseorang serta tidak mematuhi jadual pengambilan ubat antara faktor yang meningkatkan kes kencing manis tidak terkawal.Jadi dua tiga hari yang masih berbaki sebelum menjelang

Ramadan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya pesakit kencing manis untuk membuat ‘latihan’ penyesuaian diri dengan perubahan jadual pemakanan harian supaya penyakit tidak mengganggu ibadat dalam bulan mulia ini.Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kedua pada 1996 mendapati, 8.3 peratus atau 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes dan 1.3 juta daripadanya beragama Islam. Itu kajian yang dijalankan sembilan tahun lalu.Pasti jumlahnya kini jauh lebih besar dan kita tidak mahu ada yang terpaksa menghadapi komplikasi kesihatan sepanjang Ramadan.Pensyarah dan Pakar Perubatan Unit Diabetes dan Endokrinologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Norasyikin Wahab, berkata secara umumnya semua pesakit kencing manis boleh menjalani ibadat berpuasa dengan baik, dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat dan mengawal pemakanan.

Bagaimanapun pada bulan puasa ini, pesakit kencing manis perlu lebih memberi perhatian kepada kesihatan kerana dalam keadaan perut kosong selama 14 jam, mereka mungkin menghadapi masalah kekurangan air jika cuaca terlalu panas dan terik serta hipoglisemia (kurang gula dalam darah) jika kurang makan ketika bersahur.Pesakit diabetes juga boleh mengalami komplikasi atau kesan diabetes tidak terkawal jika tidak mengambil ubat seperti dijadualkan doktor atau makan berlebihan ketika berbuka sehingga berat badan bertambah melebihi tiga kilogram sepanjang bulan puasa.Katanya, pesakit diabetes yang stabil tidak memerlukan insulin dan mempunyai berat badan berlebihan digalakkan berpuasa.

Beberapa panduan perlu dipatuhi pesakit untuk memastikan mereka mampu bertahan sehingga berbuka tanpa menghadapi masalah, iaitu:Mesti makan sahur secukupnya. Makan terlalu sedikit boleh menyebabkan masalah kekurangan glukosa dalam darah.Pesakit tidak dibenar melambatkan berbuka puasa.Mematuhi jadual pengambilan ubat seperti disyorkan doktor.Tidak makan berlebihan ketika berbuka, mengurangkan pengambilan makanan manis seperti bubur dan kuih-muih.Berusaha mengawal penyakit secara berterusan.Mesti mengenali tanda hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah), hiperglisemia (berlebihan gula dalam darah) atau kekurangan air.Melakukan perubahan dalam dos ubat atau insulin kerana pesakit tidak mengambil sarapan dan makan tengah hari.“Jika mengalami tanda hipoglisemia, hiperglisemia atau kekurangan air, pesakit dinasihatkan segera berbuka puasa.“Ketika ini, kesihatan perlu diutamakan kerana ia boleh menimbulkan komplikasi berbahaya. Islam memberi kelonggaran kepada pesakit dalam keadaan begini,” katanya dalam ceramah penjagaan diabetes pada bulan

Ramadan anjuran bersama HUKM dan Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.Antara tanda hipoglisemia:Rasa gelisah dan tidak tentu arahLemahTeramat laparBerpeluhPucatBerdebar-debarMenggeletarDenyutan nadi terlalu lajuTidak sedarkan diri (pada peringkat serius)Antara tanda hiperglisemia:Kerap membuang air kecilTerasa sangat hausKeletihan dan kelesuanTanda kekurangan air:Tersangat dahagaKulit dan lidah menjadi sangat keringFikiran mudah tergangguAntara kumpulan pesakit diabetes yang dilarang berpuasa:Pesakit diabetes tidak terkawal (berdasarkan pandangan doktor).Pesakit yang tidak mengikut nasihat penjagaan diabetes — termasuk amalan pemakanan, pengambilan ubat dan insulin.Pesakit yang mengalami komplikasi diabetes serius seperti penyakit jantung tidak stabil dan tekanan darah tinggi tidak terkawal.Pesakit kencing manis yang kerap mengalami koma hipoglisemia (iaitu mempunyai sejarah koma sebanyak dua atau tiga kali dalam Ramadan sebelum ini).

Pesakit yang mengalami sebarang jangkitan kuman.Pesakit diabetes yang berumur dan tinggal bersendirian.Pesakit diabetes yang mengandung dan memerlukan insulin.Pesakit diabetes kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.Dr Norasyikin berkata, pengetahuan mengenai tanda komplikasi kesihatan ini sangat penting untuk mengelakkan masalah kepada pesakit ketika berpuasa. Jika ada tanda di atas, pesakit sebaik-baiknya berbuka puasa, minum banyak air dan menjalani ujian darah.Makan berlebihan ketika berbuka dan malam selepas sembahyang tarawih (terutama karbohidrat dan makanan berlemak) bukan saja akan meningkatkan berat badan, tetapi turut menyukarkan kawalan diabetes.Malah, pesakit juga dinasihatkan berbincang dengan doktor supaya perubahan dos ubat dan insulin boleh dilakukan mengikut keadaan kesihatan mereka selama 14 jam berpuasa kerana sesetengah ubat dan insulin yang bertindak lama perlu ditukar kepada insulin yang memberikan tindakan segera untuk mengelakkan masalah hipoglisemia.Ada juga pesakit diabetes perlu menukar ubat dan insulin mereka kepada jenis yang memberikan tindakan jangka masa panjang bagi mengelak masalah paras gula berlebihan pada waktu petang sebelum berbuka puasa.Pengambilan ubatDr Norasyikin berkata, ubat seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide dan chlorpropamide yang biasanya diambil sebelah pagi pada hari tidak berpuasa perlu dimakan ketika berbuka puasa.

Manakala ubat yang dimakan sebelah malam pada hari tidak berpuasa pula diambil ketika bersahur.Pesakit mungkin perlu mengurangkan dos ubat yang diambil sebelum bersahur untuk mengurangkan hipoglisemia, tetapi pengurangan ini perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor.Untuk memudahkan pembaca mengenai pengambilan suntikan insulin, sila rujuk dalam Jadual 1.“Berat badan pesakit perlu dipantau sepanjang bulan puasa. Jika berlaku penurunan tiga peratus pada bila-bila masa sepanjang hari, pesakit dinasihatkan segera berbuka puasa kerana ia menandakan kemungkinan kekurangan air yang membahayakan. Orang yang mengalami pertambahan berat badan (dan ini biasanya berlaku) melebihi dua kilogram juga disaran segera berjumpa doktor,” katanya.Sementara itu Pakar Pemakanan, Norlida Alias, berkata sebenarnya tiada menu khas untuk pesakit diabetes dan mereka boleh memilih sajian yang sesuai dengan selera pada waktu berbuka; selagi ia menu sihat.“Ramadan atau tidak, badan kita tetap memerlukan jumlah kalori sama. Yang penting ialah makan pada waktu yang tetap dengan makanan seimbang. Secara praktikal, mulakan berbuka dengan minum air, makan dua atau tiga biji kurma dan sekeping kuih bagi yang ingin menunaikan solat Maghrib sejurus selepas berbuka.“Jika ingin makan terus, satu atau dua biji kurma memadai sebelum diteruskan dengan sajian berat.

Kuantiti makanan juga perlu diambil perhatian. Satu hari kita hanya boleh makan lapan hidangan. Satu hidangan bermakna sekeping ikan (sebesar tapak tangan, setebal satu inci), setengah cawan nasi, setengah cawan sayur, sepotong buah dan seketul kuih. Kalau mahu makan sate, pastikan hanya lima cucuk. Anggur pula antara lima hingga lapan biji.“Paling penting, kurangkan garam dan elakkan makanan diproses serta air berkarbonat kerana ia mengandungi terlalu banyak gula. Kunci utamanya ialah bersederhana dan jangan lupa ambil ubat. Jika terlupa makan ubat ketika berbuka, jangan bawa dos ini ke waktu sahur. Maknanya ketika sahur, makan ubat yang dikhaskan untuk sahur saja untuk mengelak komplikasi,” katanya.Pengambilan insulinJADUAL 1Dua cara mengambil insulin ketika berpuasa:1. Tiga kali suntikan, iaitu dua dos yang bertindak segera ketika berbuka dan sahur; dan satu dos insulin bertindak lama sebelum tidur (sekitar jam 10 malam).2. Dua kali suntikan, iaitu satu dos insulin yang sudah dicampur ketika berbuka (dos yang sama ketika sarapan waktu tidak berpuasa); dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur.Tahap gula dalam darah perlu diuji empat kali, iaitu:Sebelum bersahur.Antara dua hingga empat jam selepas bersahur.Sebelum berbuka puasa.Antara dua hingga empat jam selepas berbuka puasa.

Peringatan:Bagi pesakit yang memerlukan insulin, perlu berbuka puasa jika tahap gula dalam darah terlalu tinggi untuk mengelakkan koma diabetik ketoasidosis.Berat badan diambil sebelum berpuasa dan perlu berjumpa doktor jika berlaku pertambahan melebihi dua kilogram sepanjang bulan puasa.Ambil berat badan sebelah pagi dan jika berat menurun tiga peratus dalam sehari, perlu segera berbuka. Ia menandakan kekurangan air yang berbahaya.Minum air secukupnya sebelum tidur dan ketika bersahur. Jika terjaga malam untuk buang air kecil, gantikan air yang dibuang dengan minum segelas air. Jika kencing lima kali, bermakna kena minum lima gelas air masak.Elak minuman manis.Catat secara terperinci pemakanan sepanjang Ramadan. Ia dapat membantu mengawal diabetes.