Khamis, 29 Oktober 2009

Setiap Kekurangan Ada Kelebihannya...


Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.

Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Moral: Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

Selasa, 27 Oktober 2009

Rahsia Tauge


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Ahad, 25 Oktober 2009

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "

Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru,

Golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru,

golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru,

golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.



Jumaat, 9 Oktober 2009

Masa diharamkan syarak puasa sunat

1.Dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Sebuah hadis daripada Abu Ubaid bahawa beliau pernah berhari raya bersama Saidina Umar di mana Umar berselawat ke atas Nabi SAW sebelum berkhutbah lalu berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Adapun Aidilfitri kamu berbuka kerana selesai Ramadan, manakala Aidiladha kamu memakan sembelihan korban yang kamu lakukan. (HR Abu Daud).

2. Tiga hari selepas Aidiladha atau hari Tashrik (11,12 dan 13 Zulhijjah).

Daripada Abi Murrah maula Ummu Hani’ ketika dia bersama Abdullah Bin Amr RA bertemu bapanya Amr Bin Al-As lalu dihidangkan kepada kami makanan dan Abdulah berkata: Sesungguhnya saya berpuasa. Lalu jawab Amr: Makanlah, sesungguhnya Nabi SAW menyuruh kami berbuka pada beberapa hari ini dan melarang kami berpuasa padanya. Imam Malik berkata: Hari-hari itu ialah hari Tashrik.

3. Berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu mendahului puasa Ramadan sehari atau dua hari melainkan bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sunat. Namun ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal demikian. Berikut adalah pendapat ulama muktabar sebagai maklumat tambahan pembaca.Menurut Imam Syafie haram berpuasa pada tiga hari selepas Aidiladha termasuk jemaah haji pada tahun berkenaan.

Imam Malik tidak mengharamkan berpuasa pada hari ketiga. Beliau juga berpendapat, jemaah haji yang mengerjakan Haji Tamattu’ dan Qiran boleh berpuasa pada hari raya kedua dan ketiga. Imam Hambali mengharamkan kita berpuasa tiga hari selepas Aidiladha kecuali jemaah Haji Tamattu’ dan Qiran.Imam Hanafi berpendapat berpuasa pada dua hari raya dan tiga hari selepas Aidiladha adalah haram kecuali bagi jemaah haji saja.

4. Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suaminya.

Dari abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak halal bagi wanita bersuami ketika suami di sisinya sehinggalah mendapat keizinan suaminya. Janganlah seorang isteri mengizinkan seseorang masuk ke rumah melainkan dengan izin suaminya. (HR Bukhari dan Muslim). Imam Ahmad dalam musnadnya menambah perkataan: Melainkan pada Ramadan.

Di dalam hadis lain Rasul SAW bersabda: Seorang isteri tidak boleh berpuasa ketika suaminya hadir, selain puasa Ramadan kecuali dengan izin suaminya. (HR Tarmizi).Oleh yang demikian ulama Syafie, Maliki dan Hambali mengharamkan puasa seorang wanita yang bersuami, berpuasa tanpa izin suaminya kecuali suami tidak memerlukan hubungan jima’ dengannya atau suaminya bermusafir atau sedang ihram atau beriktikaf atau sakit. Imam Hanafi berpendapat hukumnya makruh.

Puasa yang makruh pula antaranya ialah:

1. Berpuasa pada hari Jumaat saja tanpa disusuli puasa sehari selepas atau sebelumnya. Begitu juga berpuasa pada hari Sabtu atau Ahad saja kecuali bersebab seperti nazar dan sebagainya mengikut Imam Syafie’ RA.

Jumaat adalah hari raya kaum Muslimin. Ia adalah hari yang patut diperbanyakkan ibadat. Maka sesetengah daripada ibadat yang afdal ialah puasa tetapi hendaklah didahului satu hari sebelum atau selepasnya iaitu Khamis atau Sabtu.

Sedekah lambang kebenaran, kesucian Islam


TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan Allah dan gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat, Indonesia mengorbankan ribuan nyawa manusia. Kesan bencana alam itu juga menyebabkan ramai kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal, sekolah dan universiti rosak teruk, premis perniagaan dan jalan raya yang menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain musnah.

Justeru, mangsa kejadian itu kini hanya mengharapkan bantuan diberikan kerajaan dan semua penyumbang dari seluruh dunia bagi meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.

Rasulullah SAW bersabda, ‘Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan menaikkan barangannya ke atas binatang tunggangannya adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah.” (Hadis Bukhari).

Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada dalam bentuk spiritual dan fizikal sebenarnya adalah sedekah. Amalan sedekah juga adalah satu lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud benar. Orang yang bersedekah adalah mereka yang benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci.

Setiap orang yang benar dan berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan kesejahteraan hidup dan rahmat. Orang yang bersedekah adalah dermawan, manakala yang bakhil adalah seteru Allah.

Dalam surah Al-Lail, Allah menyatakan mengenai sifat kedekut dan ego, di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud, “ Tuhan tidak akan merahmati sesiapa yang tidak berperikemanusiaan, iaitu tidak bersifat kasih sayang terhadap orang lain.”

Keberkatan yang lahir daripada sedekah itu terlalu banyak. Namun apa yang dinyatakan ini adalah yang akan jelas terpapar daripada wajah orang yang bersifat murah hati apabila dia telah melalui beberapa peringkat hidupnya iaitu:

l Keberkatan hidup – Seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang.

l Keberkatan ketika di penghujung kehidupan – Di akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah ini akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan.

l Ketika berada di alam kubur – Orang yang bersedekah pastinya di dalam kubur akan terhindar daripada fitnah yang begitu menakutkan. Alam kubur sebenarnya adalah ujian untuk orang yang ber ibadat dan berbuat amal kebaikan dalam hidupnya.

l Ketika di alam akhirat – Apabila di bangkitkan di hari kiamat nanti, orang yang suka bersedekah ini akan dilindungi oleh sedekahnya ketika hayat di dunia.

l Menjadi benteng dari api neraka – Sedekah akan menjadi benteng daripada api neraka kepada seseorang yang bersedekah walaupun sedikit.

Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW, antaranya ‘sesiapa yang berkemampuan untuk melindungi dirinya daripada api neraka walaupun dengan hanya bersedekah sebelah buah tamar, hendaklah dia melakukannya.’

Khamis, 8 Oktober 2009

Petua Berkesan Supaya Suami Ringan Tulang


Bagi memastikan anda dan pasangan tidak terjebak dalam sindrom 'suami tak mahu kerja berat takut nanti reput tulang', maka eloklah dari awal lagi anda ‘mendidik’ suami untuk membantu urusan rumahtangga.

Bagaimana untuk melakukannya? Di bawah disenaraikan cara yang paling halus tetapi berkesan untuk membuatkan suami turun padang membantu anda menangani kerja-kerja di rumah.

Tip 1 - Pastikan suami tidak terlalu penat

Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.

Tips 2 – Berikan alasan yang logik

Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.

Tips 3 – Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’

Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.

Tips 4 – Sentuh perasaannya

Suami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.

Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.

Tips 5 – Rayu dengan hadiah

Cara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.

Tips 6 – Jangan mendesak atau mengarah

Suami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.

Tips 7 – Masa yang sesuai

Meminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

Tips 8 – Ucapkan terima kasih

Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.

Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.

Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.

Rabu, 7 Oktober 2009

APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibudah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupunanak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebaagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.

Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapijumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin m! engalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengarilagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak! -anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Selasa, 6 Oktober 2009

Meningkatkan Tenaga


KELETIHAN merupakan salah satu masalah paling besar dalam menjalani kehidupan moden.

Malangnya ramai di antara kita menangani masalah ini dengan kaedah yang salah.
Semua orang mahukan 'peluru ajaib' - snek tenaga, suplemen tambahan atau tonik yang boleh merangsang tenaga sepertisuperhero.

Jadi, adakah penyelesaian yang mudah dan pantas kepada krisis tenaga ini?
Ada beberapa strategi mudah yang boleh dilakukan yang mampu memberikan perbezaan besar terhadap kesihatan dan daya tenaga serta kecergasan.

Keletihan dan kehilangan tenaga berpunca daripada pelbagai faktor rumit. Tidak ada satu nutrien atau taktik yang boleh mengisi semula tenaga yang hilang itu.
Jika anda terlalu kerap letih dan lesu, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.
Ia mungkin disebabkan oleh masalah tiroid yang boleh menjejaskan kesihatan badan untuk jangka masa panjang.

Tenaga merupakan keluaran sampingan semula jadi hasil keputusan ke arah menjalani gaya hidup tertentu.
Apabila anda makan, darah disalurkan ke perut dan tenaga digunakan untuk pencernaan. Hanya dengan menggunakan satu per empat kalori mampu menambah tenaga dan memanjangkan jangka hayat menurut pelbagai kajian pakar.

Namun tidak semudah mengurangkan pengambilan kalori, merupakan amalan detoks. Bukan pakej atau kit detoks tapi hanya makan makanan 'bersih' selama seminggu.
Cuba program Dr.Elson Haas iaitu 'SNACC' - jangan ambil gula, nikotin, alkohol, kafein dan bahan kimia serta hadkan pengambilan kepada makanan mentah seperti kekacang, beri, buah-buahan, sayuran, oat, ikan gril atau kukus dan daging segar.

Anda akan merasai perbezaannya dan kadar tenaga juga meningkat berkali ganda!
Suplemen juga boleh membantu. Ia tidak semestinya mebekalkan tenaga tetapi boleh membaiki kekurangan metabolik yang mengeringkannya.

Seperti contoh 'Coenzyme Q10' merupakan antioksidan kuat yang boleh menjana kekuatan jantung. Suplemen juga boleh melancarkan saluran metabolik tertentu yang bergantung kepada nutrien - ia menjadi lembab, mengeringkan tenaga apabila kurang bekalan nutrien.
Umum mengetahui, tekanan banyak menggunakan tenaga. Apabila anda mengalami stres, tubuh mengepam keluar hormon seperti kortisol dan adrenalin. Juga dipanggil hormon 'lawan atau terbang', ia penting bagi tujuan persedian tubuh diwaktu kecemasan.
Bagaimanapun, ia tidak boleh dikeluarkan setiap masa. Kadar kortisol yang tinggi mengecutkan 'hippocampus' iaitu bahagian penting otak diperlukan untuk memori dan berfikir.

Bertafakur merupakan penghapus tekanan terbaik, tetapi senaman pernafasan juga boleh membantu sama seperti mandian hangat, bersiar di taman atau meluangkan masa setiap hari untuk berehat.

Satu lagi penghapus stres yang memberikan tenaga adalah senaman. Walaupun ramai yang berfikiran mereka tidak mampu untuk bersenam, paradoksnya adalah bersenam mambuatkan anda lebih bertenaga, bukan kurang.
Rutin ringkas selama 15 minit tanpa peralatan, seperti berlari, bertinggung atau tekan tubi menghantar oksigen dan nutrien ke otak dan memperbaiki pengedaran darah.
Endorfin gembira juga mengalir laju keseluruh badan dan akhirnyaanda akan berasa sihat, cergas serta bertenaga!.

Alahan... musuh ketika bercuti


Percutian adalah masa untuk berehat, bersantai dan bergembira.
Bayangkan keseronokan bersantai di tepi laut, mendengar desiran angin, bunyi ombak dan membayar hutang tidur.
Tetapi tiba-tiba hidung dan kulit anda terasa gatal? Mungkin anda diserang alahan yang teruk.

Alahan atau alergi tidak boleh diramalkan. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Apabila anda berada di tempat baru, mencuba makanan tempatan dan melawat tempat-tempat yang belum pernah anda kunjungi, sesuatu yang tidak diingini boleh menyebabkan anda kecewa.
Perancangan yang betul dan sedikit penyelidikan boleh menjamin percutian yang benar-benar menyeronokkan.

Selidik latar belakang meskipun pilihan destinasi adalah penting, anda perlu membuat penyelidikan mengenai kemudahan yang disediakan sebelum bertolak.
Hubungi hotel di destinasi pilihan anda. Adakah kemudahannya berpermaidani penuh dan menyediakan kelengkapan 'upholsteri'?
Adakah tingkapnya boleh dibuka untuk membenarkan udara segar masuk?
Adakah haiwan peliharaan dan merokok dibenarkan dalam bilik? Jika anda mengalami alahan bahan kimia, tanyakan tentang penyegar udara dan bahan pembersih yang digunakan dalam bilik, atau bawa cadar dan selimut anda sendiri.

Tanyakan sama ada terdapat pusat perubatan berhampiran sekiranya berlaku kecemasan dan bawa bersama bekalan perubatan yang diperlukan dalam beg pakaian anda.
Jika anda sering mengalami alahan yang teruk, dapatkan nasihat doktor tentang rawatan kecemasan.
Perjalanan dengan kereta, ramai daripada kita menaiki kereta untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Berhati-hati kerana terdapat banyak kulat dan habuk dalam kereta, terutama sekali di negara-negara yang bercuaca panas dan lembab.
Pastikan kereta yang anda sewa telah dibersihkan dan divakum sebelum anda menggunakannya dan minta mereka membersihkan penapis udara.

Sungguhpun anda tidak berupaya untuk membaiki kualiti udara dalam kapal terbang, anda boleh meminta syarikat penerbangan menyediakan makanan khas jika anda mengalami alahan makanan.
Apabila menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, anda boleh meminta untuk menaiki bas atau gerabak yang tidak membenarkan penumpang merokok.
Menikmati keseronokan percutian apabila tiba waktu makan, bersedialah untuk bertanya pelayan tentang ramuan-ramuan yang digunakan dalam sajian-sajian tertentu, lebih-lebih lagi jika anda belum pernah mencubanya.

Beritahu mereka jika anda alah kepada makanan atau ramuan tertentu dan bersabarlah menunggu kerana pelayan mungkin perlu mendapatkan kepastian daripada tukang masak di dapur.
Jika atur cara percutian anda termasuk lawatan ke kawasan pedalaman dan menyusur hutan, anda mungkin terdedah kepada debunga, gigitan serangga dan punca alahan yang lain.
Dapatkan nasihat doktor tentang langkah-langkah pencegahan yang wajar seperti semburan hidung, rawatan pencegahan dan keselamatan.
Memakai baju lengan panjang atau seluar panjang boleh melindungi kulit anda daripada gigitan serangga.

Merawat dan menguruskan alahan jika tidak dirawat, alahan boleh menyebabkan penderitaan sepanjang hayat.
Ia boleh menjejaskan kualiti hidup kita. Justeru adalah penting untuk menguruskannya secara berkesan, kerana keradangan yang dikaitkan dengan serangan berulang kali lama-kelamaan boleh menjadi lebih buruk lagi.
Ini amat penting kerana langkah-langkah untuk mengelakkannya bukan sentiasa berkesan, lebih-lebih lagi jika punca alahan adalah debu yang dibawa oleh udara.

Dalam persekitaran baru, usaha mengelakkannya adalah lebih rumit lagi.
Tindak balas alahan badan kita melibatkan pengeluaran histamina, kimia yang menyebabkan gejala alahan biasa seperti mata gatal atau berair, hidung berair atau tersumbat, bersin dan kegatalan atau gata-gatal.
Gejala-gejala ini boleh dikawal dengan ubat makan antihistamina. Ubat makan antihistamina boleh didapati dalam banyak bentuk, tetapi kebanyakkannya ditakrifkan sebagai generasi pertama atau generasi baru.
Ubat-ubat antihistamina generasi lama mendatangkan kesan sampingan, terutama sekali rasa gayat atau mengantuk, mana kala ubat-ubat generasi baru lebih cepat bertindak dan kurang menimbulkan kesan sampingan.

Khamis, 1 Oktober 2009

Kebaikan Spirulina


Berikut adalah antara kebaikan spirulina:

·sumber pemakanan yang kaya dengan pelbagai zat.
·pembersih darah dan pembuangan toksin.
·mengurangkan keasidan badan akibat pengambilan makanan berasid seperti gula, kopi, soda dsb.
·membuang toksin di dalam hati dan buah pinggang.
·membantu pengurangan berat badan di samping menambah kadar metabolisma.
·menguatkan sistem imune (daya menentang penyakit)
·membersihkan perut dengan membuang toksin di dalamnya dan menyebabkan bakteria-bakteria baik dapat hidup dengan lebih baik.
·mengurangkan kadar kolesterol dan sakit-sakit yang berkaitan. Spirulina meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).
·mengurangkan radang arthritis (sakit sendi). Pesakit arthritis juga mungkin mendapat manfaat kerana sifat spirulina yang menguatkan sistem imune.·
merangsang thyroid

Perkara-perkara lain

·Spirulina selalunya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Oleh itu kegunaannya sebagai sumber protein mungkin tidak begitu ketara.
·Spirulina mengandungi gula tetapi ia adalah dalam bentuk rhamnose (dan glycogen). Oleh itu pesakit kencing manis tidak menghadapi masalah mengambilnya.
·Jumlah yang perlu diambil untuk memberikan kesan-kesan baik kesihatan adalah tinggi. Dalam erti kata lain, pengambilan yang banyak adalah perlu sebelum kesan baik dapat dilihat.

·Spirulina adalah selamat untuk wanita mengandung malah pengambilannya boleh digalakkan. Ia mengandungi zat besi yang baik untuk pembinaan darah.·Ada percanggahan di antara pengkaji mengenai kehadiran vitamin B 12 yang terdapat di dalam spirulina (B 12 tidak terdapat dalam tumbuhan lain). Ada yang mengatakan ia datang dari haiwan seperti serangga yang banyak terdapat dalam tempat ternakan spirulina.

·Ada jenis algae yang mengandungi toksin seperti microcystin. Ia boleh menyebabkan cirit-birit dan pening-pening dan membawa mudarat kepada kesihatan. Pastikan anda mengambil spirulina dari syarikat yang berwibawa sahaja.

·Pengambilan spirulina adalah sebagai supplement sahaja. Oleh itu sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat, anda hendaklah meneruskannya.·Pengambilan yang disyorkan ialah sehingga 5 gram sehari